Pencarian MH370: Malaysia masih dalam proses rundingan dengan Ocean Infinity
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menerusi kenyataan hari ini.
Ia sekaligus menafikan dakwaan mengatakan persetujuan telah dicapai antara dua pihak tersebut sepertimana yang dilaporkan media antarabangsa.Beliau memaklumkan, pihaknya menerima beberapa tawaran untuk mencari pesawat tersebut, termasuk Ocean Infinity, sebuah syarikat tinjauan dasar laut dari Amerika Syarikat yang menawarkan khidmat berasaskan ‘tidak jumpa, tiada bayaran’.
Jelas Azharuddin lagi, kerajaan Australia dan China juga telah dimaklumkan tentang perkara ini dan selepas persetujuan dengan syarikat tersebut dicapai, persetujuan daripada kedua-dua kerajaan itu juga diperlukan atas semangat kerjasama tiga negara dalam hal ini.
Seterusnya, ahli keluarga dan waris mangsa terlibat akan dimaklumkan menerusi satu pengumuman rasmi.
Pesawat malang itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Sumber Pencarian MH370: Malaysia masih dalam proses rundingan dengan Ocean Infinity
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUk9RZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment