Hi! Welcome Back and Stay Tune! Usahawan desa perlu miliki 3 DNA keusahawanan berjaya- PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Usahawan desa perlu miliki 3 DNA keusahawanan berjaya- PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu usahawan desa seluruh negara memiliki tiga DNA keusahawanan yang berjaya.

Jelasnya, ia termasuk memperhebat kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

"Usahawan desa juga perlu memaksimumkan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan. Pada masa sama, mereka disaran mempertingkat daya saing dan memperkukuh daya tahan dalam menghadapi lanskap ekonomi baharu," katanya semasa berucap melancarkan Karnival Usahawan Desa (KUD) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambahnya, bagi tahun ini, 700 usahawan telah menyertai KUD dengan jangkaan nilai jualan melebihi RM3 juta dan nilai tempahan RM10.5 juta ringgit dengan jangkaan pengunjung mencecah 1.1 juta orang.

KUD ujarnya, menjadi platform untuk usahawan desa menghasilkan perkhidmatan yang terbaik dan menempatkan produk mereka di pasaran global melalui hubungan rangkaian dengan pemain industri hypermarket.

"Salah satu yang selalu saya sebut, kalau nak berjaya sebagai pengusaha, kita mesti jadi pengusaha the global supply change, kalau tidak boleh, kita akan jadi penjual kecil-kecilan atau penjual kerdil dan tidak boleh melebar sayap ke peringkat global," kata Najib.

Justeru, tegas Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa memberi penekanan kepada usahawan desa memandangkan industri kecil dan sederhana adalah sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara.

"Sebagai contoh, dalam tempoh RMKe-10, RM1.04 bilion bagi pelaksanaan program pembangunan keusahawanan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)," ujarnya.

Malah kata Perdana Menteri, Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) berjaya membiaya dan membimbing ramai usahawan luar bandar seluruh negara melalui dua bank pelaksana iaitu SME Bank dan Bank Rakyat.

"Sejak dilaksanakan pada 2001 hingga kini, 3,796 orang telah menerima manfaat dari seluruh negara dengan jumlah RM382.4 juta," tambahnya.



Sumber Usahawan desa perlu miliki 3 DNA keusahawanan berjaya- PM Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l3UgsS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.