Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat Ringan Terhempas Tak Dapat Kebenaran Terbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat Ringan Terhempas Tak Dapat Kebenaran Terbang

MELAKA – Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini semalam tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata perkara tersebut dimaklumkan pihaknya oleh DCA bahawa jabatan berkenaan tidak menerima sebarang permohonan bagi menerbangkan pesawat tersebut.

“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada pihak DCA, juruterbang berkenaan mempunyai lesen penerbangan tetapi aktiviti untuk menerbangkan pesawat ringan tersebut tidak mendapat kebenaran atau DCA tidak mendapat apa-apa maklumat tentang aktiviti tersebut.

“Seharusnya apa jua aktiviti penerbangan sama ada melibatkan pesawat persendirian atau sebaliknya perlu dimaklumkan atau mendapat kebenaran daripada DCA bagi tujuan keselamatan,” kataya kepada pemberita selepas program Hari Sukan Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan lanjut kes itu kini diserahkan pada pihak DCA dan punca kejadian masih belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pesawat tersebut terhempas pada jarak kira-kira 200 meter dari landasan Aerodrome Sungai Rambai, Jasin di sini.

Nahas itu mengorbankan juruterbang Yee Yoon Fah, 54, yang maut di tempat kejadian manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am, cedera di muka serta badan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yqeTET

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.