Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Perkara itu disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan.
Beliau berkata, dimaklumkan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima apa-apa maklumat berkenaan sesi penerbangan pesawat ringan pada pagi kejadian dilakukan oleh juruterbang yang terbunuh, Yen Yoon Fah, 53, dan jurulatih penerbangan, Shahrul Shafiri, 35, yang cedera.
BACA: Pesawat terhempas di Sungai Rambai, juruterbang maut pembantu cedera parahKatanya, punca kejadian sedang disiasat pihak DCA.
“Kena memaklumkan kepada pihak DCA dalam apa juga aktiviti penerbangan mereka, baik pelepasannya di Batu Berendam atau mana-mana lapangan terbang yang dibenarkan.
“Pihak kita dapat tahu pihak DCA telah menjalankan siasatan kerana tiada permohonan apa-apa dalam menerbangkan pesawat ringan tersebut. Kita juga akan membantu polis Tangkak dalam menjalankan siasatan bagaimana kapal terbang ringan ini terhempas di kawasan Tangkak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan hari sukan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan terus berhubung dan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Daerah Tangkak bagi menyiasat punca insiden tersebut.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi Sabtu itu, seorang juruterbang maut selepas pesawat terbabit terhempas.
Difahamkan pesawat terbabit terhempas kira-kira 200 meter dari hujung landasan aerodrome Sungai Rambai, Jasin.
Terdahulu pada program tersebut, lebih 700 anggota kanan, pegawai dan anggota polis termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai aktiviti berbasikal sejauh 10 kilometer dan berjalan 10 ribu langkah.
Sumber Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ykZeHj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment