Polis Mohon Kerjasama Orang Ramai Bantu Kesan Wan Nur Sakina
JOHOR BAHRU – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang gadis berumur 16 tahun bagi saksi perbicaraan kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata gadis terbabit adalah Wan Nur Sakina Mohamad Tawpik, memiliki kad pengenalan bernombor 010225-03-0200 dan beralamat terakhir di No. 99, Kampung Sentosa Jalan Persiaran 2/6, Pasir Gudang, Johor.
Wan Nur Sakina diperlukan bagi saksi satu kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan dibicarakan mulai 8.30 pagi di Mahkamah Tinggi (3) Johor Bahru, 31 Okt ini, katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Jokhiri memohon sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wan Nur Sakina supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Zuhaili Salleh di talian 017-7000092/07-3864222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yitfqT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment