Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pramugari Firefly itu bukan teman wanita saya, tapi…” – Shahir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pramugari Firefly itu bukan teman wanita saya, tapi…” – Shahir

Shahir Zawawi yang diketahui ramai menjalin hubungan dengan aktres jelita, Erra Fazira, tiba-tiba ‘panas’ apabila dikaitkan dengan gadis dikenali sebagai Mona Syamimi.

Baca artikel sebelum: Pramugari Fireflyz, teman wanita baru Shahir AF?

Semuanya bermula apabila foto Shahir bersama wanita yang dikatakan bertugas sebagai pramugari itu tersebar di laman sosial.

Tambah hangat, keterangan gambar ‘sweet’ (manis) yang dilampirkan bersama foto, seolah-olah menunjukkan mereka pasangan kekasih.

“Saya mahu jelaskan, dia adalah antara penyokong kerjaya artis Akademi Fantasia (AF). Saya seorang daripadanya, maka hubungan itu atas dasar peminat dan artis semata-mata.

“Saya tak ambil serius hal ini. Tapi orang yang membaca atau melihat mungkin akan salah tafsir dengan keterangan yang ditulisnya.

“Saya anggap keterangan gambar itu hanya luahan dia (Mona) kepada artis yang diminati. Jika diikutkan, ada peminat lain yang meletakkan kapsyen seumpama itu kepada artis pujaan,” kata Shahir.

Shahir bagaimanapun enggan memanjangkan kontroversi itu kerana tidak mampu menghalang tindakan peminat.

“Kurang pasti apa motifnya menulis kapsyen itu. Mungkin dia berniat bergurau. Saya pula tak mampu nak kawal hal begini.

“Cuma biasanya orang cepat percaya dan menjatuhkan hukuman,” katanya.

Mengenai penerimaan Erra, dia percaya wanita istimewa di hatinya itu tidak cepat melatah.

“Hati wanita mana yang mungkin tak terusik. Tapi saya percaya dengan pengalamannya di pentas seni, dia memahami permainan begini,” katanya.

Sumber: BH Online

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ii1dFR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.