Hi! Welcome Back and Stay Tune! Projek paip gas Perak siap 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Projek paip gas Perak siap 2019

IPOH: Projek rangkaian paip gas di Perak oleh Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) bernilai RM180 juta, dijangka siap sepenuhnya tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, berkata projek rangkaian gas sepanjang 140 kilometer bermula dari Ayer Tawar hingga ke Lembah Kinta itu akan disiapkan secara berperingkat.

"Projek telah bermula dan setakat ini, 40 peratus sudah siapkan," katanya.

Mohammad Zahir berkata, projek itu dapat memberi manfaat kepada 53 industri sedia ada di sekitar Lembah Kinta.

"Selain daripada merancakkan industri sedia ada, kita menganggarkan bahawa lebih banyak lagi syarikat yang akan turut serta, sekali gus dapat meningkatkan pelaburan dari dalam dan luar negara," katanya.

Mohammad Zahir berkata, Top Glove menjadi satu daripada syarikat yang telah memberi komitmen untuk membesarkan industri dan operasi di Lembah Kinta hasil projek berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Tahunan Ke-49 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Perak, di sini, malam tadi.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Yang turut hadir, Presiden FMM, Tan Sri Dr Lim Wee Chai dan Pengerusi FMM Perak, Datuk Gan Tack Kong.

INFO:

Projek rangkaian paip gas Perak

  • Memperoleh peruntukan sebanyak RM120 juta daripada Gas Malaysia, RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan RM10 juta daripada kerajaan negeri.


Sumber Projek paip gas Perak siap 2019

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylFaVb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.