Hi! Welcome Back and Stay Tune! Status Kewarnegaraan Ibu Bapanya Masih Belum Selesai, Menyebabkan Pelajar Ini Tidak Dapat Pergi Ke Semenanjung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Status Kewarnegaraan Ibu Bapanya Masih Belum Selesai, Menyebabkan Pelajar Ini Tidak Dapat Pergi Ke Semenanjung


Pasarana di semenanjung adalah lebih lengkap dan kerenah birokasi yang lebih toleransi jika hendak dibandingkan dengan kehidupan di pendalaman Sabah dan Sarawak. Di semenanjung lebih mudah tededah dengan kehidupan moden dan pembangunan yang rancak membangun.

Berbanding dengan pendalaman Sabah dan Sarawak, kekurangan pengangkutan darat menyukarkan mereka ini untuk bergerak atau saling berhubung ke tempat yang lebih maju. Anak-anak yang masih bersekolah juga kurang pendedahan terhadap kemajuan luar.

Ini belum lagi yang masih tidak dapat status kerakyatan negara sendiri. Penempatan yang jauh ke dalam menyebabakan kesukaran mereka untuk menyelesaikan masalah kewarnegaraanya. Masih tidak memiliki kad pengenalan diri, menyebabkan mereka ini sukar untuk pergi ke semenanjung.

Menerusi perkongsian Farid Fazamy, seorang guru yang mengajar di Kapit Sarawak yang ingin membawa anak muridnya melihat semenanjung.


Sedih rasa bila mengenangkan apa yang berlaku beberapa hari lepas. Sepatutnya aku dah balik semenanjung dengan membawa seorang murid aku berketurunan Kenyah utk bercuti bersama sempena cuti Deeapavali.

Semua persediaan dah disediakan, mak ayah budak ni pun memang benarkan. Tapi yang menyentuh hati aku bila aku melawat ayahnya yang berada di hospital disebabkan jangkitan kuman tanah apa yang ayah dia bagitahu? " Betul ke cikgu nk bawa Willy pergi Pahang?" 


Aku fikir ayah dia tak bagi disebabkan ayahnya sedang berada di hospital. 

Lalu aku jawab " ya betul, tapi tak apelah dia tak ikut kamu sekarag di hospital".

 Ayah dia bagitau dia bagi Willy ikut tapi ayah dia tak ade duit nak bagi anaknya duit belanja. 

Tersentap aku, rasa sedih bila dengar apa yang diberitahu. Aku bagitau tak apelah segala perbelanjaan aku tanggung jadi jangan risau. 

"Tak apelah Willy ikut cikgu, kalau nak tunggu sy belum tentu saya dapat bawa''. Last benda yang ayah dia bagitahu.

Tapi yang paling menyedihkan apabila semua urusan dah settle tinggal nak cop imegresen kami di tahan. Pegawai bertugas tanya nak bawa mana budak ni. Aku ckp ni murid aku, nk bawa bercuti ke semenanjung. 


Utk pengetahuan aku dah banyak kali bwa murid gi semenanjung. Semuanya murid Iban kali ni first time bwa murid Kenyah. "Maaf cikgu saya tak boleh lepaskan dia keluar dari Sarawak sebab status dia belum ditentukan", kata pegawai imegresen tu.

Untuk penjelasan lebih jelas aku jumpa lebih kurang ketua pegawai imegresen dan seperti yang diberitahu status murid ni menyebabkn dia tidak boleh keluar dari Sarawak melainkn mak ayahnya menyelesaikn status kewarganegaraan. 


Memang aku tau mak ayahnya sedang berusaha menyelesaikn status kewarganegaraan mereka. Memandangkn ayahnya sering sakit ditambah masalah-masalah lain yang merumitkn mereka untuk menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya aku merasakn 50-50 untuk dia dpt fly tapi aku optimist sebab dia ada surat beranak.

Untuk pengetahuan ramai diantara murid Kenyah aku mempunyai status seperti Willy. Mereka bukan warga asing tapi disebabkan kerenah birokrasi dan penempatan mereka jauh menyebabkn masalah ini. Even ada yang nak sambung study pun tak dapat sebab tiada ic tak pun memegang ic hijau. Sebelum beredar pegawai tu bagitahu kat Willy "sorry ya, bukan auntie tak bagi kamu pergi tp ada sebab". So pastu dalam keadaan kelam kabut flight dah nak berlepas aak kehulu ke hilir nak ambil semula barang aku yang dah di drop kt kaunter. Sempat bertemu dengan kawan-kawan zaman maktab diaoanrg tanya kenapa rushing? tak sempat nak bercerita takut beg tk sempat ambil.


Nasib baik di kaunter ada pegawai airasia yang bertugas. Terima kasih kepada akak penjaga kaunter walaupun busy tetap membantu aku mendapatkan barang dari dalam flight. Dia ada tanya apa masalah so aku ceritakan apa yang berlaku. 


Dia turut bersimpati dgn Willy. Tambah ak sebak tengok muka Willy, tadi masa makan kt sugar bun aku bagitau nanti kat atas ( dalam flight ) kamu makan lagi. Act aak dah beli makanan untuk dia. Even seat pun aku beli nak.bagi dia duduk seblh tingkap. Tapi apakan daya tak ade rezeki. Dia sempat tengok flight dari dalam bangunan je. "Wah besarnya cikgu". Aku tau dia tak sabar nak naik.

Then aku bagitau parent dengan abang ipar aku tak jadi malam ini. Dalam  grab car menitis air mata aku bila mengenangkn apa yang terjadi. Sebenarnya lama dah dia nak ikut au berjalan ke semenanjung, memandangkan aku nak settlekan urusan rumah aku so aku decided nak bawa dia sekali. "Cikgu kita tinggal kat sibu lah jangan balik Kapit lagi," So aku tunaikan hasrat dia tinggal kat Sibu dan bawa dia tengok wayang, makan benda dia nak dan beli kasut yang dia nak bagi merawat kekecewaan dia.


Sebenarnya, tak sedih tiket burn, tapi aku sedih sebab tak dapat menunaikan hasrat dia nak naik 'bilun'. Tak apalah Willy, cikgu cuba selesaikan status kewarnegaraan kamu selagi cikgu kat Kapit dan saya bawa kamu pergi semenanjung lagi. Tpi masa itu mesti kamu dah dewasa dan keghairahan nak naik flight dengan berjalan-jalan dah tak sama sewaktu kanak-kanak.


Salah satu kenapa aku nak mengajar di Sarawak ini lah salah satunya adalah membawa anak-anak murid aku keluar melihat dunia luar. Bagi aku rezeki yang aku dapat kat bumi Sarawak ini why not dikongsi dengan anak-anak murid aku yang kekurangan. Bagi aku duit boleh dicari tapi kegembiraan dan pengalaman budak-budak bila dibawa berjalan diorang akan ingat sampai ke besar.


Kepada pihak berkenaan aku memohon sangat-sangat supaya dapat membantu mereka menyelesaikan status kewarnegaraan. Aku tahu benda ini sangat rumit tapi aku berharap dapat melihat kegembiraan diraut wajah mereka.


Sekarang aku baru nak balik Pahang tanpa membawa Willy. Sebelum aku keluar dari Kapit aku ambil dulu ukuran baju dan seluar sebab dah janji nak beli baju sekolah menengah. Kebetulan ayahnya dirujuk ke Hospital Sibu dan naik express bot dengan aku. Kesian Willy.... Aku anggap apa yang berlaku ini ada hikmahnya dan tak akan memadamkan hasrat aku nak bawa anak Kapit ke semenanjung.


Uncle teksi ada tanya aku ''macam mana u bawa budak ikut u?'' aku jawab, "kalau diaorang punya parent bagi bawa lah, satu lagi kalau saya kaya saya bawa semua budak ikut saya taw,". Uncle itu ketawa bila aku cakap macam itu. Tunggu aku kaya, satu flight aku booked untuk pelajar aku je..

Sumber - Farid Fazamy



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yP70JX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.