Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tambah guru kauseling di sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tambah guru kauseling di sekolah

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan akan menempatkan lebih ramai guru kaunseling profesional di sekolah bagi menangani pelbagai isu dan masalah pelajar.

Selain itu, kementerian juga meminta semua guru supaya bertindak sebagai guru disiplin dan tidak menyembunyi sebarang insiden yang berlaku di sekolah daripada kementerian dan pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon, berkata kecenderungan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu berpunca daripada akses tanpa batas di laman sosial, selain kurangnya pendekatan guru kaunseling profesional kepada mereka.

"Setiap sekolah perlu mempunyai kaunselor profesional khusus untuk membantu pelajar, ini kerana kita tidak mahu pelajar yang mempunyai masalah mendapat hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sekolah.

"Kementerian mahu semua pelajar memperoleh akses pendidikan sama, cuma mereka perlukan kaunseling yang lebih untuk memastikan disiplin mereka lebih baik.

"Pada masa sama, semua guru perlu meneliti aktiviti atau permainan yang dimainkan pelajar secara serius ketika berada di sekolah," katanya.

Beliau memberitahu media demikian selepas majlis perasmian Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017, yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sin Woon berkata, semua guru juga perlu meneliti aktiviti atau permainan yang dimainkan pelajar secara serius ketika berada di sekolah.

Katanya, konsep semua guru adalah guru disiplin dan mewujudkan sekolah penyanyang adalah asas bagi mengurangkan masalah dalam kalangan pelajar.

"Kita tidak boleh memberikan tanggungjawab kepada seorang guru disiplin sahaja. Oleh itu, kita mengambil pendekatan supaya semua guru bertindak sebagai guru disiplin.

"Namun, guru tidak perlu terlalu fokus pada tindakan disiplin atau hukuman, sebaliknya menggunakan konsep mendekati dan bermesra dengan pelajar," katanya.



Sumber Tambah guru kauseling di sekolah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yN9okm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.