Taufan Lan dijangka landa Okinawa Ahad ini
TOKYO : Okinawa dijangka menerima kedatangan Taufan Lan Ahad ini, sekali gus memaksa pengundian untuk pilihan raya umum Jepun dijalankan sehari lebih awal, di beberapa kawasan terpencil negeri itu.
Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata, taufan kategori 1, ketika ini berada di bahagian timur Filipina dan sedang menghala ke bahagian utara dengan jangkaan kelajuan 200 kilometer sejam (km/j) sebelum tiba di Okinawa.
"Hujan lebat dijangka melanda kepulauan Nansei di selatan Jepun, di bahagian barat Pasifik dan timur Jepun, bermula esok sehingga Isnin depan.
"Ada kemungkinan hujan yang sangat lebat melanda beberapa kawasan," kata kenyataan itu lagi.
Menurut laman web Risiko Ribut Tropika, kekuatan taufan Lan dijangka meningkat kepada kategori 3, tetapi kembali lemah ketika melintasi Tokyo, Isnin ini.
Justeru, pihak berkuasa tempatan di Okinawa mengambil keputusan meminda tarikh pengundian sehari lebih awal untuk beberapa kawasan terpencil di Okinawa. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gUbzrH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment