Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak perlu bimbang UMNO-PAS bersatu - Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak perlu bimbang UMNO-PAS bersatu - Annuar

KOTA BHARU: Rakyat tidak sepatutnya bimbang sekiranya UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), demi memajukan lagi negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata mereka terutama umat Islam di negeri ini sepatutnya perlu bimbang dengan ideologi anti-Islam yang dibawa DAP.

"Kita tidak perlu bimbang jika UMNO dan PAS bersatu...yang kita patut bimbang adalah DAP kerana tidak mahu Islam dan Melayu bersatu.

"Malah, UMNO dan PAS adalah saudara Islam...buat apa bergaduh. Contoh di Kelantan, negeri ini ketinggalan disebabkan kita saling bertelagah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Bicara Minda dan Dialog "Perjuangan For All" di Politeknik Kok Lanas, di sini, sebentar tadi.

Ahli panel lain adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Sementara itu, Mustapa berkata, UMNO mahu memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada PAS walaupun parti itu sudah memerintah negeri ini selama 27 tahun.

"Belum ada mana-mana parti pembangkang yang mampu bertahan selama 27 tahun memerintah sesebuah negeri seperti PAS di Kelantan.

"Kalau (memerintah) lama, tapi rakyat puas hati tidak apa...jadi kami rasa lebih mampu," katanya.



Sumber Tidak perlu bimbang UMNO-PAS bersatu - Annuar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gayluZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.