Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Penuntut UPNM Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Membunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Penuntut UPNM Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Membunuh


Berikutan kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu, enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dan bersubahat di Mahkmah Tinggi, hari ini.

Keenam-enam tertuduh membuat pengakuan pertama kali dihadapan Hakim Azman Abdullah dan direkodkan mahkamah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Lima tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri yang didakwa membunuh Zulfarhan.

Manakala seorang lagi tertuduh, Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat membunuh mangsa.

Pada 14 Jun lalu, kesemua tertuduh yang berusia 21 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, pada 21 dan 22 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah dan Nur Akmal Farhan Aziz manakala Mohd Fadly Hashim, Nurul Syuhada Abdullah, Zamri Idrus dan Joshua Tay bertindak sebagai peguam bela semua tertuduh.

Mahkamah menetapkan Isnin depan untuk sebutan semula kes.

Sumber - Berita Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zLKgv4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.