Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6,000 Polis Bantu Perjalanan PRU14 Di Pahang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6,000 Polis Bantu Perjalanan PRU14 Di Pahang

KUANTAN – Sejumlah 6,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang berada dalam siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu termasuk 1,000 anggota tambahan daripada Bukit Aman, khusus untuk melancarkan perjalanan PRU14 di negeri ini.

“Semua anggota itu akan ditugaskan di 517 pusat mengundi dan 1,588 saluran (mengundi) yang memerlukan lima hingga lapan anggota. Semua persediaan bagi PRU14 juga telah selesai dilakukan.

Bagaimanapun, kami akan terus menggunakan tempoh yang ada untuk memantapkan beberapa perkara kecil dan mengadakan latihan tambahan kepada anggota,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Penutupan Kursus Asas Pasukan Gempur Ringan (LSF) Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Rosli menambah sekurang-kurangnya terdapat lima kursus yang diadakan berkaitan persediaan PRU14 iaitu penggendalian sistem maklumat, pusat kawalan, pengendalian bilik gerakan dan kursus undang-undang pilihan raya.

Katanya, kursus LSF itu juga sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi pilihan raya yang melibatkan simulasi latihan ketenteraman awam membabitkan situasi pada PRU14.

Beliau berkata 200 daripada 1,000 Anggota Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) di Pahang juga dikenal pasti untuk membantu sepanjang tempoh pilihan raya dari aspek penempatan di balai polis.

“Mereka akan mengambil alih untuk sementara waktu tugas yang dijalankan anggota tetap balai namun telah diberi tugas lain pada pilihan raya. Tiada masalah untuk mereka melaksanakan tugas dengan baik kerana mereka ini terlatih,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mcXQBu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.