Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘MANA SUARA ASRI BILA SYARIAT ISLAM DIDUSTAKAN?’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘MANA SUARA ASRI BILA SYARIAT ISLAM DIDUSTAKAN?’

Selepas kelayakannya sebagai jurupulih pengganas, penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain hari ini menyerang kembali Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Lebih 24 jam selepas tulisan Asri di Facebook beliau, Zamihan hari ini membalasnya di media sosial beliau.

Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), antaranya membangkitkan di mana suara Asri ketika terdapat seorang aktivis wanita yang didakwa berkata tudung kepala bukan perintah tuhan.

“Kenapa Mufti Perlis tidak tidak bersuara ketika syariat Islam didustakan dan tidak melabelkan orang sebegini sebagai ‘pelampau’?” soal Zamihan.

Tanpa menyebut nama, Asri kelmarin mempertikaikan pemilihan Zamihan sebagai jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas di penjara.

Menyentuh pendirian Zamihan terhadap tindakan sebuah surau membuka pintu untuk mangsa banjir bukan Islam yang tidak menutup aurat, Asri berkata terdapat “pihak yang memakai gelaran agama” mempertikaikan bantuan itu beralaskan “fikah sempit”.

“Persoalan kita , bolehkah ‘pelampau’ memulihkan pemikiran pelampau? Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya,” soal Asri.

Mengulas dakwaan berkaitan wanita itu, Zamihan berkata, individu itu antaranya berkata hukum menutup aurat dalam al-Quran hanya tertakluk bahagian sulit wanita sahaja.

“Sebelum ini, dia pernah menggemparkan orang ramai apabila dengan bangga mengaku menjadi imam solat kepada suaminya,” katanya.

Kenyataan itu berdasarkan portal Menara yang terkenal dengan laporan isu-isu melibatkan umat Islam, termasuk pandangan-pandangan agama kontroversi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Asri berkaitan kenyataan itu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i0t76e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.