Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesuruhjaya PAS diarah bayar RM200,000 kepada Nizar kerana kenyataan berunsur fitnah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesuruhjaya PAS diarah bayar RM200,000 kepada Nizar kerana kenyataan berunsur fitnah

Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.

Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.

Sebelum ini, Mohammad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, memfailkan saman fitnah, RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membuat keputusan kes itu lebih sesuai didengar di Mahkamah Sesyen.

Plaintif memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Zamri berkata alasan mahkamah ketika membuat keputusan itu ialah plaintif berjaya membuktikan artikel itu ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas dan bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat anak guamnya sama ada untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Asmuni berkata, pihaknya mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya.

Sumber: BH Online

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zLuq3k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.