#DUNSarawak: Miri Perlukan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik
KUCHING: Lebih banyak rumah mampu milik dibina di Miri bagi menampung keperluan penduduk setempat, kata Datuk Sebastian Ting (BN-Piasau).
Malah menurutnya, ada kalangan keluarga muda yang hanya menyewa rumah kerana tidak mampu membeli rumah di pasaran semasa.
Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan Bajet 2018 disalurkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat berjumlah RM232 juta turut disalurkan kepada penduduk Miri.
"Pada 10 Jun 2016 di dewan mulia ini, saya bercakap mengenai rumah mampu milik dan setinggan di Miri.
"Isu ini sangat penting dan saya mahu menyentuh mengenainya kembali memandangkan Miri mempunyai penempatan setinggan yang tinggi," katanya ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Sebastian berkata, pada masa ini harga rumah di Miri naik mendadak dan tidak mampu ditampung penduduk setempat.
"Kebanyakan penduduk hanya mampu menyewa rumah atau bilik.
"Malah lepasan universiti berdepan cabaran untuk membayar deposit pembelian rumah," ujarnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hi8ku3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment