Pembangunan cerun perlu kelulusan JTPKSAS - YDP MPAJ
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata, ia langkah susulan seandainya permohonan pembangunan melebihi 25 peratus kawasan cerun atau kelas tiga dan empat di dalam rujukan pihaknya.
Jelasnya, jawatankuasa itu sendiri terdiri daripada Jabatan Perancang Bandar Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selain beberapa jabatan teknikal berkaitan.
"Di antara kandungan garis panduan ini yang mana telah ditetapkan bahawa pembangunan di kawasan tanah tinggi perlu disediakan kawasan buffer mencukupi.
"Di mana kawasan slope biasa tanpa tembok, pembangunan kena ada jarak 1:1, kalau bukit tersebut 50 meter tinggi, jarak di antara rumah dan bangunan kena 50 meter jauh dari kaki cerun."Kalau pembangunan ada tembok penahan yang dibina, maka satu jarak yang bersesuaian akan ditetapkan jawatan kuasa teknikal ini, sama ada hampir atau lebih jauh atau sebagainya," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
BACA: Cerun maut: 'Pemaju sengaja elak bina penahan cerun' - Pakar
BACA: Awas! Ini tanda-tanda awal tanah runtuh di cerun
Abd Hamid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pakar cerun dan tanah runtuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin yang mendakwa segelintir pemaju perumahan dipercayai sengaja mencari alasan untuk tidak membina sebarang penahan cerun dan lereng di kawasan pembinaan kerana kos pembinaan penahan cerun dan lereng melibatkan kos yang tinggi.
Dalam pada itu katanya, pemaju juga perlu lebih awal mengemukakan reka bentuk dan cadangan sebarang permohonan di kawasan cerun kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi berkenaan.
"Jawatankuasa akan melihat cadangan pemaju dan mengenakan syarat yang digariskan. Sebagai makluman di Selangor ini ada garis panduan cerun bukit dan tanah tinggi yang perlu dipatuhi.
"Kita sangat beri perhatian bagi pembangunan kawasan cerun, semasa pembinaan dibuat, agensi ini akan buat pemantauan teliti supaya apa yang diputuskan jawatankuasa alam sekitar ini dipatuhi pemaju," jelasnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zxPVBT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment