Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enggan tanggung malu, pelajar tikam perut bayinya sehingga usus terburai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enggan tanggung malu, pelajar tikam perut bayinya sehingga usus terburai

INDONESIA - Seorang bayi perempuan yang baru saja dilahirkan ditemui dalam keadaan cedera parah di depan pintu bilik mandi, dipercayai cuba dibunuh oleh ibunya sendiri, lapor Warta Ekspres. 
Dalam kejadian pada Sabtu 28 Oktober lalu, Fitrianti Wibowo, 20, seorang pelajar perguruan di Universiti Muhammadiyah Purwokerto (UMP), didakwa cuba membunuh darah dagingnya sendiri dengan sebilah gunting sebaik saja bayi itu dilahirkan di rumah tumpangan.
Difahamkan, bayi itu adalah hasil hubungannya bersama teman lelaki. 
Oleh kerana tidak mahu menanggung malu dan ingin menyembunyikan kelahiran bayi itu, Fitrianti mengambil keputusan untuk membunuhnya dengan menikam mangsa menggunakan gunting di bahagian tepi perut sehingga terkeluar usus, selain punggung dan dada mangsa dicakar dengan kuku.
Bagaimanapun tindakan Fitrianti terbongkar apabila salah seorang jirannya, Dian, terdengar suara tangisan mangsa sekitar jam 12.15 pagi yang datang dari rumah Fitriani. 
Menurut penjaga rumah tumpangan itu, Pujiati berkata, ketika kejadian dia dan suaminya sedang tidur sebelum didatangi oleh Dian yang mengadu terdengar suara tangisan bayi di rumah Fitrianti. 
Bertindak di atas aduan itu, Pujiati dan suami terus pergi ke rumah Fitrianti untuk memeriksa dan terkejut apabila mendapati bayi perempuan yang baru dilahirkan cedera parah. 
"Saya ketuk dan suami membuka pintu. Saya, suami dan beberapa penghuni yang lain masuk dan terkejut apabila mendapati sekujur tubuh kecil berada di depan bilik mandi dalam keadaan berdarah, sementara ibunya berada di dalam bilik mandi," katanya. 



Bimbang melihat keadaan bayi dan ibunya, pasangan itu kemudian membawa dua beranak itu ke pusat perubatan sebelum membuat laporan polis di balai. 
Mangsa kini dibawah jagaan pihak Hospital Umum Magoro Soekarjo dan akan dirawat kerana mengalami luka yang serius di bahagian pinggang sehingga ususnya terburai, selain punggungnya cedera dicakar oleh ibunya. 
Sementara itu, ibunya, Fitrianti disahkan meninggal dunia semasa menjalani rawatan. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AqAmLm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.