Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas peguam dituduh pecah amanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas peguam dituduh pecah amanah

AYER KEROH: Seorang bekas peguam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap firma guamannya membabitkan wang tunai berjumlah RM47,431.79, lapan tahun lalu.

Tuah Atan, 57, yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana kudung kedua belah kaki dan tangan kiri, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, dia selaku peguam di firma guaman Tetuan Tuah, Hilmy dan Hazudin didakwa tidak menyerahkan wang yang diamanahkan berjumlah RM47,431.79 kepada dua individu dan melakukan pecah amanah dengan membelanjakan wang itu bagi kegunaan sendiri.

Tertuduh yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan didakwa melakukan kesalahan itu di bank CIMB Melaka Raya, Jalan Parameswara, pada 20 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, namun mencadangkan RM60,000 sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara serta menetapkan beberapa syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan jaminan rendah dengan alasan mengalami kecacatan fizikal sejak lahir serta sukar mendapat pekerjaan dan menganggur lebih lapan tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Senawang, Negeri Sembilan pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan sehingga kes itu selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar jaminan berkenaan.



Sumber Bekas peguam dituduh pecah amanah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hoFJa4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.