Insuran Banjir Satu Kemestian Atau Pilihan?
Insiden taufan dan banjir kini bukan lagi fenomena luar biasa di negara kita. Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita kejadian banjir dan bencana yang berkaitan, termasuklah tanah runtuh dan kerosakan harta benda.
Oleh yang demikian, pengguna sewajarnya mengambil langkah perlu untuk melindungi pelaburan harta benda daripada ditimpa malapetaka, khususnya akibat banjir.
Pengguna, dalam memastikan pelaburan mereka terjamin, diberi pilihan sama ada mahu melindungi harta benda itu di bawah skim insurans konvensional atau takaful.
Astro AWANI mendapatkan maklum balas daripada beberapa syarikat insurans berhubung perlindungan yang ditawarkan bagi tujuan tersebut.
Berikut maklumat mengenai kepentingan membeli insurans atau takaful perlindungan banjir untuk melindungi harta benda anda ketika bencana.
Jangkaan kerugian akibat banjir setiap tahun
AS$1.27 bilion atau RM5.33 bilion (jumlah ini dikira berdasarkan model matematik yang mengabungkan senario masa depan)
Kerugian ekonomi akibat bencana
- 62.5% banjir
- 12.5% ribut
- 8.5% tanah runtuh
Sumber: http://ift.tt/2ymXFVX
Insurans/Takaful pemilik rumah
Memberi perlindungan kepada pemilik rumah, meliputi kerosakan kepada struktur bangunan rumah termasuk kerosakan akibat banjir.
*Anggaran premium: Kurang RM500 setahun untuk rumah bernilai RM200,000
Insurans/Takaful penduduk
Melindungi barangan di dalam kediaman daripada kerosakan, termasuk akibat banjir.
*Anggaran premium: Kurang RM300 setahun untuk perlindungan RM50,000
Insurans premis perniagaan
Ia dikategorikan sebagai insurans kebakaran. Premium tambahan perlu dibayar untuk mendapatkan perlindungan berkaitan banjir.
*Anggaran premium: Kurang RM1,000 setahun untuk perlindungan RM200,000
Insurans Kenderaan
Kebanyakan insurans kenderaan tidak melindungi kereta anda daripada banjir secara automatik.
Anda perlu membayar premium tambahan (loading) untuk memastikan kenderaan anda dilindungi jika berlaku kerosakan akibat banjir.
*Anggaran tambahan premium: RM100-RM280 setahun
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!
sumber: astroawani
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zMrpQw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment