Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesihatan Yang Dipertua Negeri P Pinang stabil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesihatan Yang Dipertua Negeri P Pinang stabil

GEORGETOWN: Keadaan kesihatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan usus bulan lalu.

Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, berkata Abdul Rahman kini dilapor stabil dan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan pada 22 Oktober lalu.

"Beliau dimasukkan ke HPP untuk pemeriksaan setelah mengalami sakit perut pada 20 Oktober lalu.

"Berdasarkan pemeriksaan pakar di HPP, beliau dimaklumkan perlu menjalani pembedahan usus.

""Beliau kini dinasihatkan untuk meneruskan rehabilitasi dan memastikan keadaan Tun benar-benar pulih serta sihat sebelum dibenarkan pulang," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Farizan berkata, berdasarkan lawatan terkini, Abdul Rahman sudah mula mobilisasi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP bagi membolehkan pemantauan dan rawatan terbaik dilakukan.

"Setakat ini lawatan ke atas beliau dihadkan kepada saudara terdekat, Ketua Menteri dan saya sahaja. Ini bagi memberi peluang kepada beliau untuk berehat dan pulih dalam jangka masa terdekat," katanya.



Sumber Kesihatan Yang Dipertua Negeri P Pinang stabil

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iJsiOx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.