Hi! Welcome Back and Stay Tune! JANGAN DESAK RAKYAT INDONESIA DENGAN KENYATAAN BUGIS, KATA DR MAHATHIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JANGAN DESAK RAKYAT INDONESIA DENGAN KENYATAAN BUGIS, KATA DR MAHATHIR

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Duta Malaysia ke Indonesia Zahrain Mohamed Hashim agar tidak “mencucuk” rakyat di negara itu dalam isu Bugis kerana mereka tidak boleh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah menghina komuniti Bugis dan ucapannya yang ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Razak itu boleh dilihat di internet.

“Tak usahlah cucuk orang Indonesia. Mereka tak boleh undi PRU14,” kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu dalam surat yang dihantar kepada Zahrain bertarikh 1 November 2017.

“Saya sedar tugas duta untuk mempertahan negaranya. Tapi orang Indonesia semua tahu Najib ialah seorang perasuah dan penyangak yang telah merosakkan Malaysia.”

Sebelum ini Persatuan Bugis Indonesia menuntut Dr Mahathir meminta maaf atau ia akan mengadakan protes di luar kedutaan Malaysia di Jakarta.

Bugis adalah kumpulan etnik dari Sulawesi di Indonesia. Sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia berketurunan Bugis.

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla juga mahu Dr Mahathir memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap orang Bugis yang dikaitkan dengan lanun.

Menurut Agensi Berita ANTARA, Jusuf berkata kenyataan bekas perdana menteri Malaysia itu bukan sahaja menyinggung dan menghina suku Bugis di Malaysia, malah di Indonesia.

Dalam suratnya kepada Zahrain, Dr Mahathir menambah, percubaan Najib untuk menyalah tafsir ucapannya tidak akan berjaya, melainkan perdana menteri boleh memberikan “dedak” yang banyak.

“Setiausaha parti saya terdiri daripada orang Bugis dan ramai mereka yang menyertai gerakan untuk menjatuh Najib adalah orang Bugis (Johor).

“Manifesto kami membukti kesedaran kami bahawa ramai pegawai terpaksa sokong Najib.

“Jika mereka didera oleh Najib, kami akan pulih kerugian mereka. Kami sedar mereka nak cari makan,” tulis Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu.

Dewan Diraja Selangor sebelum ini turut menggesa pihak polis menyiasat Dr Mahathir mengikut Akta Hasutan kerana didakwa mencetuskan kebencian terhadap keturunan Bugis.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zKM3Af

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.