Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir: TPM lancar misi bantuan RELA 2.0 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir: TPM lancar misi bantuan RELA 2.0

PUTRAJAYA: Kerajaan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir bersandarkan asas kemanusiaan yang tinggi tanpa mengira sama ada negeri terbabit dipimpin parti politik yang berbeza, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keutamaan harus diberi kepada rakyat dan sekiranya ada pihak mempertikaikan kerajaan lambat atau tidak menyalurkan bantuan, kenyataan politik seperti itu tidak harus timbul.

"Apabila Perdana Menteri, saya sendiri, agensi dan jabatan kerajaan semua turun dan berada lebih awal daripada tindakan 'menangis' pemimpin itu ketika menghubungi saya, jadi jangan jadikan seolah-olah kita mahu tuding jari pada pihak lain, tapi tidak akui diri sendiri juga ada kelemahan.

"Sebab yang berlaku adalah daripada pembangunan melampau yang mana kelulusan kepada projek diberi daripada yang sepatutnya malah sungai tidak dapat menampung limpahan air selepas hujan lebih 17 jam.

"Kita tidak berhasrat untuk politikkan perkara ini tapi ini fakta atau realiti yang berlaku," katanya berucap Majlis Pelancaran Misi Bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 2.0 dan Penyerahan Sumbangan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah dan Perak di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut melepaskan konvoi misi bantuan Kelab Bantuan Bencana 4x4 Rimau Akar Putrajaya yang disertai 40 ahli kelab dengan 15 kenderaan pacuan empat roda bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Melalui misi terbabit, RELA menerima pelbagai sumbangan seperti barangan makanan keperluan asas, alat pembersih serta pemotong kayu yang berjumlah hampir RM90,000 bertujuan membantu proses pembersihan rumah.

Dengan kekuatan hampir 500 pegawai dan anggota serta aset termasuk 19 lori, 17 van, tujuh kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), misi bantuan itu akan dimulakan di Pulau Pinang dan Kedah hari ini sementara negeri-negeri lain diletakkan dalam keadaan bersiap siaga.



Sumber Banjir: TPM lancar misi bantuan RELA 2.0

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iISNnn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.