Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Tampung RM40b Jika Hapus GST: PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Tampung RM40b Jika Hapus GST: PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pembangkang supaya tidak cuba memperdaya rakyat dengan cadangan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Perdana Menteri berkata, jika pembangkang ikhlas mahu menghapuskan cukai barangan, jangan menipu rakyat kononnya akan menggantikan dengan cukai SST yang tersembunyi dan lapuk.

"Mansuhkan sahaja cukai barangan dan nyatakan di mana mereka mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun. Usahlah perdayakan rakyat," katanya menerusi blog najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata, secara analogi, menukar GST dengan SST sama seperti menggantikan roda bulat dengan roda berbentuk petak zaman dahulu.

Katanya, GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus, mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia selain mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten, diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"SST yang mahu diguna pakai Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

"Pengenalan sistem SST ini bukan sahaja terkebelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, Dr Mahathir akhirnya bersetuju dengan kerajaan bahawa GST dapat menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.

"Namun kerana beliau keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau (Tun Dr Mahathir) sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi yang ditamatkan oleh 160 buah negara di dunia," katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir menyedari kelebihan GST dan pernah memperakui sistem percukaian itu lebih baik daripada SST.

Ini kerana, katanya pentadbiran Dr Mahathir sendiri yang mengesyorkan supaya kerajaan menaik taraf SST kepada sistem GST.

"Sekali lagi Tun melakukan u-turn (pusingan U). Pendek kata dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

"Namun bagi mengemis undi, (Dr) Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST di mana kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli. Bukankah ini satu pembohongan?," katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan sistem SST tidak memerlukan penjual untuk memaklumkan kadar cukai dalam resit, sekali gus menyebabkan penjual boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal penguat kuasa.

Katanya, rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST dimansuhkan.

"Tidak dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni enam peratus," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hZLaJw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.