"Saya Tak Pernah Pakai Sebarang Pencuci Muka, Toner Dan Pelembab Muka Sepanjang 28 Tahun Ini" - Sharifah Sakinah
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Rasanya kami belum pernah bertemu dengan seorang selebriti yang tidak pernah menggunakan sebarang produk penjagaan wajah pada kulit mukanya. Dan hari ini nampaknya seorang selebriti, pelakon dan ibu aktif, Sharifah Sakinah telah berjaya membuatkan kami tergamam apabila dia memberitahu, sepanjang 28 tahun hidupnya, dia tidak pernah menggunakan sebarang pencuci muka, penyegar dan pelembab muka yang menjadi kegilaan wanita kini.
Seperti yang anda tahu Sharifah Sakinah seorang yang aktif dan mementingkan aspek kesihatan, Sakinah lebih mementingkan soal kesihatan dari kecantikan. Falsafah dirinya, bila anda sihat, kecantikan dalaman itu akan menyerlahkan sisi cantik luaran anda. Berkesempatan menemubualnya sebentar tadi, "Setiap hari saya akan pastikan diri saya berpeluh. 30 minit berlari di atas treadmill ataupun jogging di taman, minum air putih yang banyak, itulah rutin penjagaan kecantikan bagi diri saya. Bila saya berpeluh, saya rasa sihat dan cantik. Saya juga tidak percaya produk penjagaan wajah yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi."
Ramai wanita di luar sana berpendapat cantik itu harus putih. Namun bagi Sakinah, dia tidak percayakan sebarang produk yang mengubah wajah dan membuatkan wajah jadi putih. Sakinah juga yakin bahawa wajah natural, pengunaan solekan yang minimal serta gaya hidup yang sihat akan memberikan keserian pada wajah anda.
Sakinah berhadapan dengan masalah kulit terbesarnya tahun lalu apabila masalah jerawat menyerang kulti wajahnya. "Setiap hari saya bersenam, berpeluh dan minum air putih banyak untuk jerawat itu hilang dan ia jadi bertambah teruk sehinggalah saya bertemu dengan jenama kecantikan dari Indonesia, Natasha Skincare".
Tambah Sakinah lagi, "kulit wanita Asia kebanyakannya kering, berminyak dan berjerawat ekoran cuaca yang panas. Oleh itu penting untuk kita mendapatkan rawatan dari orang Asia sendiri yang memahami keadaan kulit kita. Bermula dari penggunaan produk Natasha Skincare inilah, Sakinah telah dilantik menjadi duta bagi antara jenama kecantikan terbesar di Indonesia yang membuka outlet pertamanya di Bangsar, Natasha Beauty & Wellness Malaysia.
Dengan pengunaan bahan-bahan organik dan sihat, membuatkan Sakinah tertarik dengan tawaran yang diberikan untuknya menjadi duta produk sekaligus menggunakan produk Natasha dalam kehidupan hariannya. Tahniah kami ucapkan pada Sharifah Sakinah dan semoga Sakinah boleh mendidik wanita di luar sana tentang kecantikan dan kesihatan secara semulajadi tanpa ghairah mengubah bentuk dan warna asal kita.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jgVDEb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment