'Ya, saya yang ditahan tapi...'
KETUA Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo mengakui individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 8 September lalu adalah dirinya.
Namun, Jason menafikan dia ditahan kerana penemuan dadah dalam bagasi malah khabar angin yang mengatakan terbabit dalam beberapa siri jenayah lain juga adalah tidak benar.
Beliau berkata, penahanan itu bagi membantu siasatan membabitkan pergaduhan rakannya dengan seorang lelaki yang sebenar seorang pegawai polis berpakaian preman.
“Saya mendarat di Dubai. Di lapangan terbang, kawan saya cuba memberhentikan pergaduhan. Kemudian dia dipukul menyebabkan saya berdepan lelaki itu yang sebenarnya adalah seorang anggota polis.
“Saya dihantar ke lokap dan lelaki itu (polis berpakaian preman) pula berminggu-minggu menangguhkan kenyataannya. Ia amat teruk. Namun ia tidak seteruk semua khabar angin yang saya dipenjarakan atas pelbagai sebab lain,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu, dia turut mengakui ada pergi ke Armsterdam, Belanda seterusnya berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ditahan pihak berkuasa negara berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kes itu dan ketua pegawai eksekutif (CEO) itu ditahan di Dubai pada September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan dan bukannya dadah.
Beliau berkata, pergaduhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai itu membabitkan rakannya tetapi CEO itu turut ditahan pihak berkuasa Dubai.
“Sekarang, kami tunggu maklumat lengkap daripada pihak berkuasa Dubai dan kami sedang menyiasat kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, jurucakap Wisma Putra memaklumkan bahawa pihaknya hanya akan dimaklumkan berkaitan penahanan warga Malaysia jika mendapat persetujuan daripada negara terbabit.
“Negara luar mempunyai kuasa menentukan jika mahu memaklumkan penahanan warga tempatan atau sebaliknya dan oleh sebab itu tidak semua individu yang ditahan diketahui oleh Wisma Putra,” katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan seorang CEO syarikat telekomunikasi tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UEA.
Menurut sumber, individu itu bagaimanapun sudah dihantar pulang ke Kuala Lumpur Selasa lalu sebaik selesai menjalani hukuman di negara berkenaan.
Berita berkaitan
• CEO kantoi dadah di Dubai
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zsqnbO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment