Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Sebab Mengapa Anda Perlu Melabur dalam ASB (dan Unit Amanah Harga Tetap ASNB yg lain).. No 5 tu Ramai Yang Terlepas Pandang.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Melabur dalam ASB (dan Unit Amanah Harga Tetap ASNB yg lain).. No 5 tu Ramai Yang Terlepas Pandang..



Kebanyakan daripada kita terutama di kalangan orang Melayu ingin hidup senang dan inginkan kehidupan yang selesa dan mewah pada masa hadapan; tetapi tindakan kita selalunya bertentangan dengan kehendak kita.


Nak maklumat lanjut, klik saja www.asnb.com.my atau Facebook Amanah Saham Nasional Berhad

Kebanyakan kita melihat situasi poket kita hari ini tanpa langsung merancang masa hadapan. Sebenarnya tidak ada jalan mudah untuk cepat kaya, dan biasanya orang kaya mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul kekayaan; melainkan seseorang itu keturunan orang kaya-raya.

Sebab itulah kita perlu merancang untuk mendapat kekayaan dan mengecapi kesenangan masa hadapan. Tentunya merancang masa hadapan memerlukan masa yang panjang, dan perlu banyak kesabaran.

          

          

      

            Harga tetap

          Unit amanah harga tetap ini sebenarnya sangat unik kerana ada 6 sahaja di negara ini iaitu ASB, ASB2, ASD, ASW, ASM dan AS1M. Jika anda melabur dalam unit amanah selain daripada keenam-enam unit amanah ini, harga seunitnya berubah setiap hari dan anda berdepan risiko kehilangan modal (wang yang dilaburkan).

Bagi unit amanah harga tetap seperti ASB, harga seunit adalah tetap pada RM1 manakala untuk unit amanah harga berubah, harga seunitnya mungkin naik atau turun setiap hari. Oleh kerana ASB ialah harga tetap, ia boleh dikatakan sama seperti simpanan.

Jadi apa saja matlamat anda, beli rumah ke, bina tabung pendidikan atau tabung persaraan atau sebagai tabung kecemasan, ASB memang pilihan terbaik. Sebab apa? Sebab esok atau lusa atau tahun depan, duit yang kita laburkan dalam ASB itu tetap ada. Kalau disiplin kita tinggi, bertambah-tambah pula jumlahnya. Jadi kalau nak hati tenang bila melabur, melaburla dalam ASB.

        

Risiko rendah

Walaupun ASB ialah unit amanah, namun risiko pelaburannya ‘sangat rendah’ kerana ia berharga tetap. Ini bermakna kalau anda melabur RM100, sampai bila-bila la duit anda tu tak berkurang, malah ia akan bertambah kerana anda menerima pulangan setiap tahun. Itupun kalau anda tak keluarkan semula wang yang anda laburkan tu la.

Jadi jangan biarkan duit anda tidur dalam akaun simpanan, dapat je gaji…labur la dulu..baru belanja
 Pulangan yang kompetitif 
Bercakap pasal pulangan atau dividen tahunan inilah sebenarnya bahagian paling best bila kita melabur dalam ASB. Ye lah mana tidaknya, dalam pelaburan ni orang selalu cakap, lebih tinggi risiko, lebih tinggila pulangan. Maksudnya, kalau nak dapat pulangan sebanyak 10 peratus dari duit yang kita laburkan, melaburla dalam pasaran saham yang berisiko tinggi tu. Tapi silap haribulan, bukan untung tapi rugi yang kita dapat. Ye lah, sebab pasaran saham ni tak menentu prestasinya. Hari ini untung, esok boleh rugi…
Tapi ASB ni lain sikit sebab sejak dilancarkan pada 1990, pelabur sudah menerima purata dividen tahunan sekitar 7-8 peratus hasil pelaburan mereka. Hmmm mana nak dapat pelaburan macam ASB ni, risiko rendah tapi pulangan tinggi.…ha masih tak nak berlari lagi ke.... apalagi jom la melabur sekarang ..
 Modal pelaburan kecil sahaja
Masih tak melabur juga sebab alasan “Tak de duit la..kadang-kadang soru pun miss’. Hmmm…jangan jadikan itu sebagai alasan sebab kalau nak melabur dalam ASB ni, RM10 pun dah cukup untuk mulakan pelaburan.  Lepas tu tambah RM10 boleh, RM100 boleh, RM200 boleh. Tambahlah pelaburan pada bila-bila masa mengikut kemampuan sampai penuh limit ASB sebanyak RM200,000 tu…jadikannya salah satu matlamat kewangan anda tau..
Bayangkan kalau anda ada RM100,000 dalam ASB dan dividen yang diberikan pula ialah 7 peratus, hmm…hujung tahun anda dapat RM7,000…sapa nak bagi????
 Boleh melabur bila-bila masa
Tak de paksaan dalam jumlah pelaburan atau bila anda nak melabur…kalau bulan ni nak melabur RM10 boleh, nak melabur RM1,000 pun boleh.
Pelaburan dalam ASB ni berbentuk tunai, dan terpulang kepada anda untuk melabur pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Kalau anda nak ambil pinjaman pun ada ditawarkan oleh bank tertentu. Pilih mana yang sesuai dengan disiplin diri dan kemampuan anda.
Yang penting duit tu jangan simpan aje bawah bantal atau dalam bank, laburkan aja dalam ASB setiap bulan supaya dapat pulangan tiap-tiap tahun. Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
          ASB diurus Permodalan Nasional Berhad (PNB).
PNB ialah pengurus dana terbesar negara yang bertanggungjawab menguruskan duit pelabur ASB. Dengan reputasi dan pengalaman PNB, kita tidak perlu risau dengan duit yang kita laburkan dalam ASB. Orang kata, biarlah kita tenang, tapi PNB yang pening uruskan duit kita. Setakat ni, pulangan kepada pelabur ialah sekitar 7-8 peratus, takkan la masih tak nak melabur…
Mudah nak melabur
Memang mudah sangat nak melabur dalam ASB ni, mana tidaknya ada 30 Cawangan ASNB diseluruh negara manakala gabungan ejen ASNB seperti Pos Malaysia, Maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan BSN mewujudkan rangkaian lebih 2,500 cawangan yang anda boleh kunjungi untuk melabur dalam ASB.
Selain itu, boleh juga melabur secara on-line menerusi portal myASNB atau Maybank2u, CIMBClicks, RHBNow atau AffinOnLine. Ha..kan senang tu…melabur pun dihujung jari saja, tak payah susah payah beratur atau cari tempat letak kereta.
Apa lagi..jom la melabur…



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jdK3cJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.