Hi! Welcome Back and Stay Tune! THP nafi dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

THP nafi dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR: TH Properties Sdn Bhd (THP), anak syarikat pembangunan milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini menafikan tuduhan penglibatannya dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Tuduhan yang tidak berasas ini telah dibuat oleh seorang blogger yang mengandaikan TH mempunyai peranan dalam aktiviti pengubahan wang haram yang dimiliki oleh Putera Al-Waleed bin Talal, kata THP dalam satu kenyataan.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan kepada satu laporan berita pada bulan Mac 2017 yang menyebut Crestmount Capital, sebuah dana dari Timur Tengah yang dijalankan oleh Putera Khaled, anak lelaki kepada putera Al-Waleed bin Talal, telah membuat pelaburan sebanyak US$100 juta ke dalam Piety Investments, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sydney.

"Dakwaan TH serta anak syarikatnya terlibat dalam pengubahan wang haram adalah palsu dan tidak berasas.

"TH dan anak syarikatnya berpegak kepada hak untuk mengambil tindakan selanjutnya dalam hal ini," katanya.

TH mempunyai beberapa pelaburan dengan Piety Group dalam projek pembangunan kediaman di Sydney.

Semua pelaburan telah dibuat secara langsung oleh THP daripada dana dalaman, THP tidak pernah memohon atau memperolehi dana daripada Crestmount Capital mahupun pelabur-pelabur asing yang lain, jelas THP.

THP telah mendapat semua kelulusan daripada pihak berkuasa Malaysia dan Australia untuk projeknya di Sydney.

"THP tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang urusan (jika ada) antara Crestmount Capital dan Piety Group. Tuduhan bahawa dana dari Crestmount telah tercemar hanya dibuat oleh blogger terbabit sahaja, yang mana dia harus bertanggungjawab" kata THP.

Sebagai sebuah organisasi dengan tanggungjawab kepada para pendeposit, TH Group memandang serius tuduhan palsu yang boleh membawa kesan buruk kepada reputasinya dan mewujudkan kebimbangan tidak berasas di kalangan pendeposit.

"TH Group sentiasa memastikan bahawa perniagaan dan pelaburannya dijalankan dengan efektif, selaras dengan prinsip-prinsip Islam melalui tadbir urus korporat dan prinsip-prinsip perniagaan yang terbaik yang memberikan keutamaan kepada integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata THP.

--BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Aq7Fyc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.