64,894 Isi Rumah Miskin Tegar
KUALA LUMPUR: Seramai 64,894 ketua isi rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih sehingga 12 Oktober lalu, berstatus miskin tegar, iaitu berpendapatan di bawah RM580 sebulan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata daripada jumlah itu, seramai 28,978 ketua isi rumah berada di bandar, manakala 35,916 di luar bandar.
"Seramai 83,325 ibu tunggal berdaftar dengan kementerian setakat tahun ini dan daripada jumlah itu, 32,751 menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), membabitkan peruntukan berjumlah RM75.9 juta.
"Selain itu, sejumlah 134,789 warga emas mendapat manfaat daripada Skim Bantuan Orang Tua pada kadar RM300 sebulan, membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM360 juta, sehingga Ogos lalu.
"Seramai 78,221 orang kurang upaya (OKU) pula menerima manfaat Skim Elaun Pekerja Cacat (EPC) setakat Ogos lalu, dengan peruntukan kepada mereka berjumlah lebih RM240 juta.
"Penerima Skim Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) pula berjumlah 56,414 dengan peruntukan lebih RM97 juta, dan 24,571 penjaga menerima Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dengan peruntukan berjumlah lebih RM68 juta," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Makin@Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya jumlah mereka yang dikategorikan miskin tegar serta jumlah ibu tunggal, warga emas dan OKU yang menerima bantuan kementerian.
Azizah berkata, kementeriannya turut membantu ibu tunggal menerusi program Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inisiatif Pembangunan Usahawan Wanita (DEWI) bagi melatih dan membimbing peserta menjana pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup.
"Sejak I-KIT diperkenalkan pada 2008 sehingga 31 Disember tahun lalu, seramai 5,294 wanita menyertai program ini dan daripada jumlah itu, 44.6 peratus atau 2,359 ibu tunggal berjaya menjadi usahawan.
"Pada tahun lalu, seramai 577 OKU dan 889 ibu tunggal diberi bimbingan latihan keusahawanan, selain seramai 419 OKU dan ibu tunggal terbabit dengan program 2Years Exit Program (2YEP) untuk diberi latihan keusahawanan," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A6hfam
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment