Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peruntukan Cecah RM1.5 Bilion Tambahbaik Kemudahan Internet Di Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peruntukan Cecah RM1.5 Bilion Tambahbaik Kemudahan Internet Di Sarawak




KUCHING: Peruntukan mencecah RM1.5 bilion akan digunakan untuk menambahbaik kemudahan internet.

Sebanyak RM500 juta daripada peruntukan tersebut dikeluarkan kerajaan persekutuan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 manakala kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan RM1 bilion.

Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan tersebut dikhaskan untuk menambahbaik dan meningkatkan kelajuan internet di Sarawak ke arah mentransformasi negeri ini kepada era digital.

Malah menurutnya, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung 8 hingga 17 November ini, penubuhan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak atau Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan diusulkan.

Tambahnya, jika diluluskan ia akan terbahagi kepada tiga zon iaitu utara, selatan dan tengah bagi memudahkan peningkatan kelajuan internet.

"Dengan peruntukan tersebut, ia dijangka boleh dibangunkan dalam masa dua atau tiga tahun. Oleh itu setiap kawasan khususnya sekolah di luar bandar boleh menikmati kemudahan internet." katanya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A6XBuK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.