“Jika Kami Terjumpa, Buat Apa Lagi, Senyum Sajalah”
Pasti ramai tertanya-tanya perkembangan baru Afifah Nasir selepas kontroversi panas membabitkan rumah tangga Alif Aziz dan isteri, Bella Astillah. Jelasnya, selepas kejadian itu beliau ada menghubungi Bella untuk memberi penjelasan. Malah hubungan mereka juga sudah baik
“Jika kami terjumpa, apa nak buat? Senyum sajalah. Tidak mungkin benci dan dendam sampai bila-bila. Selepas kes itu, saya ada juga mesej Bella untuk memberi penjelasan. Kami sudah tidak bermusuh lagi. Tidak tahulah persepsi orang lain yang dakwa kami masih menyimpan perasaan dengki”
“Saya sudah sedia untuk melupakan yang lepas. Saya sedia memaafkan dan melupakan. Kali ini saya lebih berjaga-jaga dan jangan mudah percayakan orang atau memberi persepsi salah. Banyak lagi perlu saya belajar”
Selain itu, Afifah juga tidak keberatan andai terdapat kerjasama melibatkan beliau dan Aliff di masa depan kerana baginya kontroversi itu sudah lama berlalu. Menurut Afifah lagi, beliau ingin memulakan kehidupan baru dan mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa dirinya terdahulu.
“Saya ini jenis tidak tolak rezeki. Kalau rezeki kerjasama ada lagi, saya tidak kisah, saya terima. Tetapi kalau ada tawaran lain terpaksalah saya tolak. Bukan bermakna saya tidak sedia untuk berdepan dengan dia,” jelasnya kepada Projek MMOmengenai hubungannya dengan Aliff.
Terdahulu, hubungan Afifah dan Aliff terbongkar apabila Bella menemui mereka sedang meluangkan masa di pusat hiburan. Paparan CCTV juga turut membuktikan mereka berpengangan tangan. Susulan kejadian itu, Afifah dan Aliff saling berbalas kenyataan mempertahankan diri masing-masing.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWcnUb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment