Fazura Sedia Terima Fattah Sebagai Suami
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 34 atau Fazura tidak menolak andai dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktor kacak, Fattah Amin, 27, yang menjadi pasangannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC).
Menurutnya, doa dan permintaan peminat serta netizen di media sosial yang mengharapkan mereka berdua berkahwin merupakan hal yang baik dan langsung tidak memberi tekanan kepadanya.
“Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk. Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.
“Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC adalah disebabkan keserasian yang wujud antara kami. Sebab itu peminat suka kami disatukan lagi. Jika saya digandingkan dengan hero lain seperti Remy Ishak dan gandingan itu juga menjadi, mungkin peminat juga akan bercakap perkara sama,” katanya kepada Utusan Online.
Sekalipun dia dan Fattah dilihat sangat mesra seperti pasangan kekasih, namun Fazura yang bakal melancarkan album sulungnya esok enggan mengulas secara terperinci mengenai status hubungannya dengan aktor itu.
Sebaliknya, artis kelahiran Pahang itu lebih gemar memberikan fokus terhadap kerjaya seninya buat masa sekarang.
“Jujurnya, jadual kerja saya memang padat dan belum ada masa untuk berfikir tentang soal teman lelaki atau perkara yang lebih serius tentang hubungan cinta,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Fazura dan Fattah akan bergandingan sekali lagi dalam telemovie Wanita Terindah yang akan disiarkan di saluran Astro First Exclusive bermula esok.
Sementara itu, Fattah pula menafikan spekulasi kononnya dia dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zVs660
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment