Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumpa anak selepas Azan, Yassin, doa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumpa anak selepas Azan, Yassin, doa

“SYUKUR pencarian tiga hari berakhir hari ini selepas saya dan anak sulung melaungkan azan, baca surah Yassin serta berdoa di lokasi pencarian awal pagi,” kata Ridzwan Zainal Abidin, 46.

Ridzwan adalah bapa Rafiuddin Fakhrullah, 13, seorang daripada dua mangsa lemas yang dihanyutkan arus selepas terjatuh longkang dekat sekolah di Taman Yarl, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Rizwan berkata, pihaknya sedang menunggu untuk pengecaman mayat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebelum proses menuntut jenazah dibenarkan bagi urusan pengebumian.

“Kami dimaklumkan penemuan anak ketika di lokasi. Saya bersama anak sulung (Rashid Redza, 18) pergi ke lokasi pencarian di Lombong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah selepas solat subuh.

“Kami melaungkan azan, membaca surah Yassin dan berdoa bagi memudahkan pencarian anak.

“Selang beberapa minit selepas itu kami dimaklumkan oleh pihak bomba mengenai penemuan itu,” katanya ketika ditemui di HCTM, Cheras, hari ini.

Menurutnya, jenazah anaknya akan dikebumikan secepat mungkin.

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Abdul Rahman Auf, di Jalan Klang Lama dan pengebumian di Kampung Tohol, Kinrara. Selewat-lewatnya selepas Asar,” katanya.

Sementara itu, Amran Mohamed Ali, 35 iaitu bapa kepada seorang lagi mangsa lemas, Muhammad Syafiq Akmal, ketika ditemui berkata, pihaknya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam beradik itu.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Dalam.

“Syukur jasad anak sudah ditemui selepas tiga hari usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Maalaysia (APM).

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus bagi mencari anak dan rakannya yang lemas,” katanya.

Dalam kejadian jam 3 petang,

Isnin 30 Oktober, dua mangsa terbabit dihanyutkan arus selepas terjatuh ke dalam longkang ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Rakan mereka, Aidil Azhar Sham Saffiri, dapat menyelamatkan diri dengan berpaut di tebing dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya (PPUM).

Berita berkaitan

• Mayat Syafiq dan Rafiuddin akhirnya ditemui

• Tergelincir ketika cuba bantu rakan [METROTV]

• Dua lemas balik sekolah

• [UPDATE] Teruskan pencarian malam ini sehingga esok

• Dua sahabat dikhuatiri lemas, seorang selamat



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWE7YV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.