Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen Dan Penapis Sahaja Jika Rumah Tiada Laman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen Dan Penapis Sahaja Jika Rumah Tiada Laman

Penanaman sayur-sayuran berhampiran dengan rumah sememangnya menjimatkan masa dan wang ringgit. Kita tidak perlu membuang masa untuk ke pasar dan berhabis duit minyak. Namun, ada beberapa perkara yang menjadi halangan, contohnya, tiada ruang untuk menanam, tiada masa untuk menyiram pokok dan tidak tahu cara penanaman pokok yang betul.
Tahukah anda terdapat beberapa cara yang mudah untuk menanam kangkung. Terutama jika anda tidak mempunyai ruang yang luas, dan tidak mahu mengeluarkan modal yang banyak. 
Berikut adalah langkah-langkah penanaman kangkung dengan mudah yang telah dikongsi oleh Baja AB Plus Premium, dengan mengunakan penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.
 1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.
 2. Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.
 3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
 4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)
5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)
6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
7. Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kankung sudah boleh di tuai dimasak belacan....yum2..


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A53uZt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.