Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kak Engku Hampir Menangis Ketika Menyanyi Di Pentas Sulung Gegar Veganza 4? Jangan Terkejut, Ini Puncanya… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kak Engku Hampir Menangis Ketika Menyanyi Di Pentas Sulung Gegar Veganza 4? Jangan Terkejut, Ini Puncanya…

Raja Azura atau lebih popular disapa Kak Engku yang menyanyikan lagu Hati Terkunci ketika pentas sulung Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi, sebenarnya kelihatan menahan sebak dan hampir menitiskan air mata.

Tampil dengan persalinan serba hitam, Kak Engku tidak mengecewakan penonton dengan memberikan persembahan penuh beremosi.”Memang ada satu rangkap dalam lagu itu saya sudah sebak dan hampir menangis. Sampaikan saya mengangkat tangan saya dan memalingkan muka ke tepi. Namun, aksi itu sempat dirakamkan kamera dan saya terpaksa genggam tangan untuk menahan emosi agar tidak mengalirkan air mata.Itu disebabkan saya terharu dan tersentuh dengan sokongan anak-anak saya yang mengizinkan saya menyertai GV4.Tambah pula persembahan saya ketika itu diiringi tayangan gambar anak-anak saya dari kecil hingga usia mereka sekarang.Untuk membawa mereka ke pentas, itu tidak mungkin akan terjadi tetapi gambar-gambar itulah yang mengiringi semangat saya malam tadi,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Kak Engku, dia juga terharu kerana terpilih antara 12 bintang untuk bertanding di pentas GV4 dan mendapat iringan muzik yang cukup gah.
“Seperkara lagi saya berdiri di pentas yang diiringi muzik yang sangat hebat!
“Terharu sebab sudah lama tidak menyanyi dan mendapat kualiti muzik serta instumen di tahap tinggi.
“Rugi kalau saya tidak menggunakan peluang yang ada. Saya tidak kisah markah tinggi atau rendah janji persembahan saya gah,” katanya.Kak Engku bagaimanapun berada di kedudukan terbawah antara kesemua bintang yang berentap pada konsert pertama GV4 malam tadi.
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123)Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Mohon Kongsikan


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z5zMmT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.