Indeks PMI Caixin/Markit Sektor Pembuatan China Tidak Berubah Pada Oktober
Berdasarkan laporan kaji selidik swasta yang dikeluarkan pada hari Rabu, pengeluaran sektor pembuatan China meningkat dengan kadar paling perlahan dalam tempoh 4 bulan pada bulan Oktober dan syarikat masih meneruskan pengurangan pekerja walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tempahan dalam domestik dan eksport.
Menurut penganalisis pencemaran udara telah menyebabkan kos perniagaan semakin meningkat dan syarikat-syarikat terpaksa mengurangkan pengeluaran mereka pada bulan-bulan akan datang.
Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) Caixin di buat berdasarkan kaji selidik 400 buat syarikat SME. Laporan Indeks bagi bulan Oktober kekal pada kadar 51.0 iaitu tidak berubah dengan bacaan bulan September dan juga sejajar dengan jangkaan pakar ekonomi.
Tanda aras untuk menentukan keadaan ekonomi semasa yang positif melalui PMI adalah 50 dan keatas, manakala jika bawah 50 menunjukkan pengecutan.
Berdasarkan laporan, sektor pembuatan China bertumbuh dengan kadar perlahan disebabkan pasaran hartanah yang lemah dan pencemaran yang semakin kritikal menyebabkan kilang-kilang terpaksa menuntup atau mengurangkan pengeluaran.
Harga input terus meningkat berikutan kos bahan mentah yang semakin mahal dan polisi alam sekitar yang semakin ketat. Akhir sekali kos-kos tersebut dipindahkan kepada pengguna menyebabkan pengguna terpaksa menanggung beban harga yang lebih daripada sebelumnya.
Peningkatan harga input ini merupakan yang tertinggi sejak 2011 walaupun mengalami pengurangan sedikit pada bulan September.
Ekonomi China bertumbuh pada kadar 6.9% setahun pada tahun ini didiorong terutamanya oleh industri logam. Pasaran kewangan global dan pelabur optimis dengan pertumbuhan ini.
Namun, aktiviti pembinaan dan hartanah yang merupakan 2 sektor utama yang mendorong pertumbuhan ekonomi mula bertumbuh degnan kadar perlahan berikutan polisi kerajaan untuk menstabilkan harga rumah.
The post Indeks PMI Caixin/Markit Sektor Pembuatan China Tidak Berubah Pada Oktober appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lAFPN4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment