ADUN Keluar DAP Atas Sebab Yang Sama
Semenjak kebelakangan ini kedengaran cerita beberapa ahli politik DAP keluar parti seolah membuktikan parti tersebut berada dalam dilema sedangkan Pilihanraya Umum ke 14 semakin hampir.
Suara kritikan dari dalam DAP tidak dapat dibendung lagi menyebabkan Penasihatnya Lim Kit Siang dalam situasi tidak menentu serta tidak senang duduk. Tatkala Kit Siang mengatur strategi memperguna Tun Mahathir sebagai senjata mendapat undi Melayu, pada masa sama isu keluar parti terus menghantui DAP.
Terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu mengesahkan akan keluar DAP sebaik Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Alasannya beliau tidak pernah diberi ruang untuk bersuara dalam kerajaan negeri dan parti.
Sebelum ini ramai juga ahli politik DAP dari negeri lain mengambil keputusan keluar parti dan membuat kenyataan yang sama seperti Yee Cheu.
Begitu juga bekas ADUN Dudong DAP Yap Hoi Liong yang mengambil keputusan keluar DAP pada tahun lalu dengan alasan yang sama kerana tidak diberi peluang untuk bersuara, dan beliau sifatkan DAP sesuai untuk kaki bodek sahaja.
Hakikatnya setiap ahli yang keluar DAP mempunyai alasan yang senada dan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan DAP. – A Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A6Xxv0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment