Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

LABUAN: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di sini awal hari ini dan menyelamatkan tujuh warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia serta menahan 21 yang lain kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan tanpa permit.

Ketua Polis Labuan, ACP Adzhar Othman, berkata serbuan itu dilaksanakan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Labuan dan polis Sabah pada jam 2 pagi terhadap pusat hiburan itu yang mengupah pekerja asing sebagai pelayan pelanggan tanpa dokumen sah.

Beliau berkata, mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan berusia antara 23 dan 30 tahun.

"Semua mangsa kini berada bawah pengawasan polis. Operasi itu adalah antara usaha kami dalam mengawal aktiviti berkaitan di seluruh pulau," katanya.

Beliau berkata, semua 21 rakyat Filipina yang ditahan kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan tanpa permit itu berusia antara 23 dan 53 tahun.

"Kami turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun, yang juga penjaga premis tersebut, dan dua pekerja, masing-masing berusia 37 dan 57 tahun dalam serbuan itu," katanya.

Adzhar berkata, semua wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Beliau mengingatkan semua majikan untuk melakukan proses dokumentasi yang betul ketika mengambil warga asing bekerja dan tidak terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia kerana ia adalah kesalahan serius. - BERNAMA



Sumber 7 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zXiZl1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.