Hi! Welcome Back and Stay Tune! Traqkid Dilancarkan – Aplikasi Penjejak Kanak-kanak Menggunakan Kad SIM U Mobile - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Traqkid Dilancarkan – Aplikasi Penjejak Kanak-kanak Menggunakan Kad SIM U Mobile

Kes kehilangan kanak-kanak kerap dilaporkan dan tiada sesiapapun mahu kejadian sebegini terjadi berulang kali. Jika tahun lalu sistem NUR Alert yang dimiliki pihak Polis Diraja Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Facebook sebagai salah satu saluran rasmi hebahan tersebut, hari ini aplikasi Traqkid hadir dalam meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak.

Aplikasi ini dihasilkan oleh Knightsbridge Resources Sdn Bhd dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan juga U Mobile. Berbeza dengan alatan penjejak kanak-kanak yang mungkin memerlukan ibu bapa membeli peranti berasingan seperti jam tangan, aplikasi ini memanfaatkan kad SIM U Mobile yang sedia menjejak lokasi kad SIM tersebut, dan memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hanya perlu memberikan telefon asas atau sebarang peranti yang menyokong penggunaan SIM kepada anak-anak mereka, dan perkhidmatan Traqkid dapat diaktifkan.

Perkhidmatan Traqkid juga mempunyai integrasi dengan pusat panggilan dan juga petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia. Apabila mengetahui anak mereka dalam kesusahan, ibu bapa hanya perlu menggunakan aplikasi Traqkid bagi memohon bantuan dan anggota Traqkid akan terus ke lokasi kanak-kanak tersebut. Perkhidmatan ini tersedia sepanjang hari 24 jam.

Traqkid boleh dimuat-turun bermula hari ini dan perkhidmatan ini ditawarkan secara langganan bermula RM 58 sebulan menerusi U Mobile. Bayran pendahuluan RM36 turut akan dicaj sewaktu pendaftaran untuk tujuan Insurans Kemalangan Peribadi.

Layari: Traqkid

Muat-turun: Traqkid (iOS)

Muat-turun: Traqkid (Android)



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A589ul

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.