Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tolonglah Encik, Jangan Tahan Saya. Saya Ada Anak Kecil Yang Perlu Dijaga,” Ibu Isap Dadah Dalam Bilik Selepas Anak Tidur.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tolonglah Encik, Jangan Tahan Saya. Saya Ada Anak Kecil Yang Perlu Dijaga,” Ibu Isap Dadah Dalam Bilik Selepas Anak Tidur..



Kuala Lumpur: “Tolonglah encik, jangan tahan saya. Saya ada anak kecil yang perlu dijaga,” rayu seorang ibu muda sambil menangis sejurus ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sebuah bilik sewa di Chow Kit di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, wanita berusia 25 tahun itu ditahan Penguat Kuasa AADK Daerah Dang Wangi kira-kira jam 11 malam ketika turun untuk membeli makanan dan meninggalkan bayi lelakinya berusia setahun empat bulan di bilik sewa kerana sedang tidur.


Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, dia ditahan pihak AADK sebelum mengaku mengambil dadah syabu pada petang hari sama.

Menurut wanita itu, dia bekerja sebagai pencuci serta melakukan pelbagai kerja lain untuk membeli dadah dan melepaskan gian di dalam bilik sewa.

Wanita itu mendakwa akan membiarkan anaknya tidur terlebih dahulu sebelum menagih dadah di dalam bilik sama.


Terkejut dengan pengakuan wanita itu, beberapa pegawai AADK mengarahkannya menunjukkan bilik sewa dihuni.

Ketua Pegawai AADK Dang Wangi, Mohamad Hanif Omar berkata, operasi yang bermula jam 10.30 malam itu memberi fokus terhadap penghuni rumah tumpangan dan hotel bajet di sekitar Chow Kit yang dikenal pasti menjadi ‘port’ penagihan dadah.

“Dalam operasi berkenaan, pihak kami menahan 36 individu dan 33 daripada mereka berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.


“Seramai 23 lelaki dan 10 wanita ditahan termasuk seorang wanita bersama bayinya selepas disyaki menagih dadah. Wanita itu mengaku ditinggalkan suami sejak setahun lalu dan tinggal bersama anaknya di bilik sewa di kawasan Chow Kit,” katanya.

Mengambil kira keselamatan dan kebajikan bayi itu, pihak AADK terpaksa menahan ibu muda itu bagi kebaikan kedua-dua mereka.

“Daripada 33 individu ditahan, seramai 19 orang didapati positif dadah jenis methaphetamine, 13 positif morfin dan seorang positif ganja,” katanya.








✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hv1PEE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.