Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fattah, Fazura bakal bertunang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fattah, Fazura bakal bertunang?

KUALA LUMPUR: Keintiman antara pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, sejak kedua-duanya digandingkan dalam drama, Hero Seorang Cinderella, sememangnya sudah diketahui ramai.

Malah, persahabatan yang mula terjalin sekitar tujuh bulan lalu terus berpanjangan sehingga sekarang apabila kedua-duanya bukan sekadar sering kali diundang bersama-sama ke sesebuah acara, bahkan saling berbalas-balas komen di laman sosial.

Justeru, tidak hairanlah apabila ramai peminat yang mengharapkan Fattah, 27, dan Fazura, 34, benar-benar bercinta di luar lokasi, malah tanpa angin mahupun ribut, kedengaran pula desas-desus mengatakan pasangan terbabit akan melangsungkan pertunangan pada 13 November depan.

Apatah lagi apabila wujud tanda pagar #roadtopekan yang bagai menguatkan lagi spekulasi penyatuan dua bintang berkenaan.

Bagaimanapun, Fattah yang turut mencipta fenomena menerusi drama Suri Hati Mr Pilot menganggap cerita mengenai pertunangan mereka sebagai sekadar khabar angin, selain doa peminat buat mereka.

"Mungkin semua itu hanya khabar angin kerana supertelefilem lakonan kami berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan, esok.

"Saya bagaimanapun menganggap ia sebagai doa. Saya pula memang mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua," katanya kepada BH Online ketika ditanya mengenai kesahihan desas-desus pertunangan berkenaan.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu begitupun secara peribadi menyenangi personaliti dimiliki Fazura.

"Dia memang teman artis yang paling rapat dengan saya. Pengalamannya sebagai anak seni banyak dikongsi bersama saya, termasuk cara mengharungi kehidupan dalam industri hiburan. Dia sendiri wanita yang sangat berdikari, pandai membawa diri, positif dan ceria.

"Aura positif yang dimilikinya sangat luar biasa dan mampu mendorong kita untuk menjadi sepertinya," kata pelakon kelahiran ibu kota ini.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Fattah berkata beliau masih lagi meneruskan baki penggambaran drama Coffee Prince, yang menggandingkan dirinya dengan Janna Nick.

Drama arahan Michael Ang itu dijangka siarannya pada Disember depan.

"Selepas kejayaan Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella, saya tidak melihat drama baharu ini memberikan tekanan kepada saya.

"Saya percaya, setiap drama mempunyai keistimewaannya sendiri. Begitu juga dengan Coffee Prince," katanya.

Sementara itu, Fazura yang bakal muncul dengan album sulung pada 3 November depan, ketika dihubungi turut menafikan beliau akan bertunang dengan Fattah.

"Saya sibuk, begitu dengan dirinya. Jadi, macam mana hendak bertunang?" katanya yang turut terkejut apabila diajukan dengan soalan berkenaan.

Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 itu juga berkata, beliau takkan menyembunyikan berita gembira andai hubungan mereka dinoktahkan dengan ikatan sah.



Sumber Fattah, Fazura bakal bertunang?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWwMbF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.