Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Maut Terjun Dari Tingkat 6 Bangunan GPO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Maut Terjun Dari Tingkat 6 Bangunan GPO

PERNAHKAH anda terfikir apakah rasanya apabila anda sedang berjalan di luar pusat beli belah, kemudian muncul sekujur tubuh manusia yang tiba-tiba jatuh dari atas bangunan?

Inilah yang berlaku semalam ekoran satu kejadian bunuh diri di sebuah pusat membeli belah yang popular di Genting Highland, iaitu Genting Premium Outlets.

Kejadian ngeri tragik itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.21 petang yang melibatkan seorang remaja perempuan berusia 23 tahun.

Gadis itu dilaporkan telah lompat dari tingkat enam bangunan tempat parkir pusat beli belah tersebut.

Mayatnya telah dijumpai dalam keadaan berlumuran darah serta cedera parah oleh beberapa pelancong asing yang kebetulan lalu di aras bawah bangunan itu.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dengan serta merta disebabkan kecederaan parah di bahagian kepada dan tubuhnya akibat terjatuh dari tingkat tinggi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superitendan Zainudin Abdul Hamid memberitahu bahawa berdasarkan rakaman CCTV, mangsa dilihat mundar mandir seorang diri di kawasan itu sebelum dia terjun dari bangunan dengan ketinggian 25 meter.

Walau bagaimana pun, pihak polis masih menyisast punca sebenar kejadian bunuh diri itu berlaku.

“Polis masih menyiasat motif wanita itu. Keterangan keluarga dan rakannya diambil bagi membantu siasatan,” kata Zainudin dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Selain itu, hasil siasatan awal di lokasi kejadian tidak menunjukkankan unsur khianat. Jadi, kes itu masih diklasifikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.-MYNEWHSUB.CC / AH

*Video sekadar hiasan.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gSshre

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.