Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tercabut Lutut Saya Kalau Kahwin Dengan Vida” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tercabut Lutut Saya Kalau Kahwin Dengan Vida”

Tercabut lutut. Itulah gurauan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terhadap pertanyaan sama ada dia bermusuh dengan Datuk Seri Vida gara-gara pendapatnya terhadap jutawan kosmetik tersebut yang disuarakan di Instagram.

“Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida). Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak… dia nak juga”

“Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri. Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!,” gurau Chef Wan dipetik dari portal mStar Online.

Apa pun, selaku insan yang sudah lama berada di dalam industri seni tanah air, bagi Chef Wan dia semahunya menjauhi sifat dendam dan juga marah yang berpanjangan.

“Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan. Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan… forgive and forget and look forward to the future,” katanya lagi. Respek.

sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWckYv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.