Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas Jika Ada Orang Baik Hati Belanja Teh Atau Rokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas Jika Ada Orang Baik Hati Belanja Teh Atau Rokok

Awas Jika Ada Orang Baik Hati Belanja Teh Atau Rokok

Dadah terbaru dikenali sebagai New Psychoactive Substance (NPS) dipercayai boleh dimasukkan ke dalam teh untuk membuatkan mangsa khayal. (Gambar: The Tea Bee)

Percaya atau tidak, satu jenis dadah sintetik yang dikenali sebagai New Psychoactive Substance (NPS) dilaporkan mula tersebar secara meluas di kawasan pusat hiburan di seluruh Pulau Pinang sejak kebelakangan ini.

Dadah jenis terbaru ini dipercayai menular di mana ia menggunakan bahan kimia yang tidak menyalahi undang-undang tetapi mampu memberi kesan mengkhayalkan.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang, Mohd Azlan Mohd Nor berkata, berdasarkan pemeriksaan dadah ini mempunyai kesan halusinasi seperti kanabis atau ganja.

Menurutnya, teknik penggunaanya juga menarik kerana ia boleh digunakan dengan cara minum seperti air teh atau menghisap seperti rokok.

Jelasnya, lebih membimbangkan penjualan dadah ini juga cukup licik kerana ia dipercayai didalangi sindiket tertentu yang cuba mengubah dan mengubal Jadual 1 yang sedia ada termasuk pendakwaan yang bakal dikenakan sekiranya didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dadah jenis NPS ini akan menjadi satu ancaman baru bagi menggantikan dadah jenis sintetik yang lain seperti syabu, ekstasi, heroin, ganja dan methamphetamine jika tidak dibendung atau dipantau lebih awal kegiatan ini," katanya ketika ditemui semasa menghadiri Program Pembangunan Pengajar (TOT) Penguatkuasaan dan Asas Pensenjataan AADK Pulau Pinang di Lapang Sasar Sungai Dua, Georgetown, baru-baru ini.

DIDALANGI PAKAR KIMIA, UNDANG-UNDANG

Mohd Azlan berkata, berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan dadah ini mula tersebar di pusat-pusat hiburan dan ia dipercayai diseludup masuk dari luar negara untuk dipasarkan di negeri ini dengan harga pasaran tertentu.

"Kita percaya kegiatan ini juga turut mempunyai pakar di dalam bidang kimia dan perundangan serta mereka mampu mengelak daripada didakwa di mahkamah sekiranya ditahan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun AADK sendiri.

"AADK berkeyakinan penuh melalui kerjasama dan operasi penguatkuasaan bersama PDRM mampu memperlihatkan kejayaan demi kejayaan dicapai AADK Pulau Pinang," katanya.

Mohd Azlan berkata, AADK Pulau Pinang terus giat melaksanakan operasi pembanterasan biarpun tiada tangkapan dibuat terhadap dadah jenis NPS setakat ini.

Beliau berkata, sejak Januari sehingga September lalu, 202 operasi telah dilaksanakan dengan seramai 2,460 orang ditahan untuk ujian saringan dan 1,381 orang daripadanya dikenalpasti positif dadah dan 209 orang dikesan melanggar syarat pengawasan yang ditetapkan AADK di seluruh Pulau PInang.

Katanya, AADK terus melakukan pencegahan dan pemulihan melalui pelaksanaan kerjasama 'Hand To Hand' antara AADK dan komuniti masyarakat perangi dadah habis-habisan khususnya di Pulau Pinang.

"Konsep lawatan dari rumah ke rumah penagih atau orang yang kena pengawasan (OKP) selepas ditahan dan dikesan positif dadah amat memerlukan bantuan.

"Daerah Timur Laut mencatatkan jumlah OKP tertinggi dengan 2,406 orang berbanding Seberang Perai Tengah (2,217), Seberang Perai Utara (1,749), Barat Daya (1,349) dan Seberang Perai Selatan (679).

"Startegi AADK Pulau Pinang pada tahun ini adalah Perangi Dadah Habis-habisan (PDH 2.0) dan sokongan masyarakat terhadap program yang dianjurkan AADK menampakkan sesuatu yang cukup positif," katanya.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zUKDSX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.