Bunuh 3 anak, kemudian gantung diri
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki disyaki mengalami tekanan perasaan selepas kematian isteri awal bulan ini, nekad membunuh tiga anaknya yang masih kecil sebelum menggantung diri sendiri, tengah hari tadi.
Kejadian disedari ahli keluarga mangsa selepas menemui mayat empat beranak itu kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Berdasarkan maklumat, mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditemui tergantung di di dalam bilik utama di tingkat atas premis, manakala mayat tiga anaknya berusia antara empat hingga lapan tahun ditemui di atas katil di bilik sama.
Sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk siasatan lanjut.
Sumber polis ketika ditemui berkata pihaknya percaya lelaki berkenaan kemungkinan besar membunuh tiga anaknya itu sebelum membunuh diri.
Bagaimanapun punca sebenar kematian tiga kanak-kanak berkenaan sedang disiasat.
Sumber Bunuh 3 anak, kemudian gantung diri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ag5Xnb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment