Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan, Culik Bayi Demi Lengkapkan Lakonan Dia 'Mengadung'
Seorang wanita dari New York, Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan atas jenayah menculik dan membunuh dalam kes pembunuhan sahabat baiknya yang sedang hamil selain turut membelah perut mangsa dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun pada Rabu lalu oleh mahkamah.
Ashleigh Wade, 24, dituduh membunuh rakan yang dikenali sejak kecil itu Angelikque Sutton, 22, pada November tahun 2015. Ketika kejadian, Sutton dipercayai dalam perjalanan untuk ke majlis pernikahan dengan tunangnya, Patrick Bradley sebelum singgah di rumah suspek.
Ketika pembunuhan tersebut berlaku, kandungan Sutton sudahpun berusia 8 bulan. Mengikut rekod kes, Wade dipercayai membunuh Sutton dengan cara mengelar leher dan membelah perut mangsa, selain turut menarik keluar bayi tersebut daripada perut Sutton. Bayi tersebut, Jenasis Bradley bagaimanapun terselamat dan berusia 2 tahun pada minggu depan.
''Saya memohon maaf dan tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penyesalan saya'', kata Wade yang kelihatan menangis ketika menunggu keputusan penghakiman.
Walaupun begitu, Hakim Margaret Clancy tetap menjatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun ke atas Wade walaupun dia mengakui menyesal dengan perbuatannya. Peguam yang mewakili Wade menyatakan bahawa masalah mental yang tidak dirawat menjadi punca kepada pembunuhan kejam tersebut berlaku.
Bulan lalu, Wade disabitkan dengan tuduhan menculik dan membunuh tahap 2. Ahli panel juri (jurors) mengambil masa kurang daripada lima jam untuk membuat keputusan yang kemudiannya menyaksikan Wade menangis teresak-esak di dalam mahkamah setelah didapati bersalah. Wade bagaimanapun ditenangkan oleh ibu bapa Sutton, mangsa bunuhnya itu.
Angelikque Sutton
Para juri mengambil masa selama dua minggu untuk mendedahkan butiran kes pembunuhan ngeri tersebut. Menurut butiran tersebut, Wade dipercayai mengelar leher Sutton selain turut menikamnya bertubi-tubi lebih daripada 50 kali. Wade juga dituduh bertindak kejam dengan menarik keluar bayi mangsa selepas membelah perut Sutton.
Kes pembunuhan ini seolah-olah sudah dirancang awal oleh Wade kerana dia berpura-pura sedang hamil berbulan-bulan sementara menunggu masa yang sesuai untuk membunuh Sutton. Wade kemudiannya memberitahu keluarganya bahawa Jenesis, bayi Sutton adalah anaknya sendiri.
Pembunuhan kejam tersebut turut memberi kesan kepada salah seorang juri apabila dilaporkan pengsan selepas melihat gambar-gambar Sutton selepas dibunuh ketika kes sedang dibincangkan.
Pada November 2015, Sutton singgah sebentar di rumah rakan baiknya di Bronx sebelum meneruskan perjalanan ke majlis perkahwinannya.
Wade dipercayai menjemput mangsa untuk masuk ke apartmentnya ketika itu dengan memberitahu mangsa bahawa dia ingin memberi hadiah kepada Sutton sebagai ucapan tahniah.
Pihak berkuasa memberitahu bahawa tindakan Wade mengelar leher mangsa adalah bagi menghalang mangsa daripada menjerit dan menyebabkan rancangannya terbongkar.
Menurut Pembantu Penyiasat Daerah Bronx, Meredith Holtzman yang memberi keterangan ketika proses pembicaraan berkata bahawa Wade perlu membunuh Sutton dan mendapatkkan bayinya bagi menyempurnakan penipuan kehamilannya.
''Defendan menyerang mangsa dengan cara mengelar dan menikam mangsa berkali-kali di bahagian leher dan muka.
''Defendan turut mengelar bahagian peti suara mangsa supaya mangsa tidak boleh menjerit. Salur darah utama mangsa juga turut dipotong.
''Apa yang dilakukan oleh defandan selepas itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Selepas mangsa tidak dapat bersuara dan bergerak, defendan kemudiannya mencapai pisau di dapur sebelum membelah perut mangsa di bahagian bawah.
''Selepas membelah perut mangsa, defendan menarik keluar bahagian rahim (uterus) mangsa keluar sebelum membelahnya untuk mendapatkan bayi tersebut. Bahagian rahim itu kemudian dibuang di bilik mandi'', kata Holtzman.
Gambar dimuatnaik oleh teman lelaki Wade, Wade hantar gambar tipu kononnya dia mengandung
Namun ajaibnya, bayi Sutton tersebut selamat daripada serangan ganas Wade dan kini hamipr masuk ke usia 2 tahun.
Menurut Holtzman lagi, pembunuhan tersebut sememangnya sudah dirancang dan bertujuan untuk mencuri bayi tersebut.
''Dia sudah membeli pakaian bayi, baju bayi, kasut bayi, susu formula, lampin, buaian dan semua yang diperlukan, tetapi dia tidak mempunyai bayi pun.
''Oleh itu, dia perlu membunuh Sutton bagi mendapatkan bayi tersebut'', tambah Holtzman lagi.
Peguam bela Wade, Amy Attias memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh Sutton. Dia turut mendakwa bahawa ''sesuatu yang tidak kena telah berlaku di dalam minda Wade''.
Kes pembunuhan terbongkar selepas teman lelaki Wade yang berkunjung ke rumah suspek menemui Wade berada di sebelah mayat Sutton dengan bayinya itu.
Malah, Wade turut menjerit dengan mendakwa bayi tersebut adalah miliknya ketika ditahan oleh pihak berkuasa.
Pegawai polis New York Police Department (NYPD), Jonathan Polanco Ortiz yang tiba di lokasi kejadian pada tahun 2015 memberitahu mahkamah bahawa pembunuhan kejam tersebut memberi kesan kepada jiwanya.
Ortiz memberitahu bahawa Wade mengaku telah melakukan pembunuhan sebaik sahaja dia melihat kehadiran polis di situ.
Ketika pihak polis bertanya kepada Wade berapa kali dia menikam Sutton, Wade sekadar menjawab dia menikam Sutton seberapa banyak tikaman yang dia mampu.
Bakal suami Sutton turut hadir ke mahkamah ketika pembicaraan berjalan ternyata sebak ketika mendengar butiran-butiran kes dikemukakan.
Sumber: Siakapkeli
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AgitDh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment