Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Beluru Bakal Nikmati Bekalan Air Bersih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Beluru Bakal Nikmati Bekalan Air Bersih


Penduduk di kawasan Beluru yang melibatkan kira-kira 50 buah rumah panjang di Baram Miri bakal menikmati bekalan air bersih secara berperingkat mulai Ogos tahun hadapan.

Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata projek dengan keseluruhan kos RM63 juta itu akan melibatkan pemasangan tujuh paip utama yang merangkumi kawasan Bakong, Bazar Beluru,sepanjang jalan Beluru dan Jalan Long Teru sepanjang 126 kilometer.

Jelas beliau dengan pemasangan paip berkenaan sekaligus akan menyelesaikan masalah penduduk Beluru meliputi 1387 isu rumah yang sebelum ini hanya bergantung kepada air tadahan hujan dan sungai.

Tambahnya, kerajaan prihatin dan mendengar setiap permohonan rakyatkhasnya keperluan asas luar bandar dan dengan itu pihak kerajaaan meluluskan peruntukan bagi menyiapkan projek Bekalan Air Luar Bandar(BALB).

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek BALB Daerah Beluru di Rumah Pengabang Janang semalam.

Mengulas lanjut, Rundi berkata, pihak kontraktor berjanji bahawa projek secara berperingkat tersebut dijangka akan siap menjelang perayaan gawai tahun hadapan dan berharap semua penduduk memberi kerjasama jika pemasangan paip tersebut diatas tanah mereka.

Bekalan air mentah itu akan diperolehi dari Sungai Bakong dan pengepaman air dari Batang Baram juga turut dijadikan alternatif bagi menampung kapasiti penggunaan di kawasan terbabit.

Sementara itu, Rundi percaya menjelang tahun 2025 Sarawak akan memiliki bekalan air terawat sepenuhnya yang selamat diminum meliputi kawasan-kawasan di luar bandar.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hNuRTs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.