Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana percayakan rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana percayakan rakan

KANAK-kanak lelaki berusia setahun 10 bulan mengalami pendarahan di belakang kepala dan lebam di badan dipercayai didera wadar sebuah pusat koreksional yang juga rakan lelaki ibunya di rumah kelab penjara, Arau, Perlis Sabtu lalu.

Kejadian itu hanya disedari ibunya yang berusia 37 tahun pada 7.15 pagi semalam selepas mengambil anaknya yang dihantar kepada suspek berumur 35 tahun pada sebelah malam kerana dia bekerja ketika itu di pusat koreksional terbabit.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata, dalam kejadian itu, ibu mangsa pada mulanya menghantar kanak-kanak itu untuk bermalam bersama suspek kerana dia bekerja.

Menurutnya, bagaimanapun selepas tamat syif semalam, dia yang ingin menjemput anak bongsunya terkejut melihat kesan lebam di muka, belakang badan dan telinga.

"Wanita itu bertanya kepada suspek mengenai kecederaan yang dialami mangsa namun lelaki itu menjelaskan bahawa mangsa terjatuh dari katil ketika tidur.

"Wanita itu kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum pihak hospital membuat laporan polis selepas dipercayai mangsa didera," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, selain kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa, doktor juga mendapati terdapat pendarahan di belakang kepalanya.

"Siasatan mendapati wanita itu sudah mengenali suspek selama 10 tahun kerana mereka pernah bekerja bersama di sebuah penjara lain sebelum ini di mana suspek baru dipindahkan ke sini dua minggu lalu.

"Susulan laporan itu, kita menahan suspek semalam dan sebelum direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016)," katanya.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kangar Shamsol Azwa Martadza.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hMJIgV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.