Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Johor sokong sekolah kerajaan aliran Inggeris dikembalikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Johor sokong sekolah kerajaan aliran Inggeris dikembalikan

JOHOR BAHRU: Majoriti rakyat Johor bersetuju jika sekolah kerajaan aliran Inggeris dikembalikan, menurut satu tinjauan.

Tinjauan berkenaan dilakukan oleh ISEAS Yusof Ishak Institute, Singapura, dan keputusan diumumkan menerusi satu laporan bertajuk 'Johor Survey 2017: Views on Identity, Education and the Johor Royal Family'.

Dalam laporan itu, 82 peratus responden mahu aliran berkenaan dikembalikan di sekolah-sekolah kerajaan.

Tinjauan itu mendapati, keputusan positif itu adalah hasil daripada keberkesanan sistem pendidikan di Singapura, dalam melahirkan kepakaran yang bukan sahaja mahir dalam bidang yang dipilih tetapi mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Turut menjadi topik tinjauan adalah konsep 'Satu Sekolah Untuk Semua', yang mana sokongan sangat baik direkodkan daripada responden berbangsa Melayu, Cina dan India.

Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa konsep sekolah sedemikian ditolak oleh kaum Cina dan India.

Sebanyak 87.1 peratus responden Melayu memberikan sokongan kepada konsep Satu Sekolah Untuk Semua. Manakala 74.4 peratus sokongan daripada kaum Cina dan 67.1 peratus sokongan mewakili kaum India.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j9JeOC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.