Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat reput ditemui rungkai misteri kehilangan Desmond - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat reput ditemui rungkai misteri kehilangan Desmond



SIMUNJAN - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Kampung Ruan Baru di sini sejak 6 November lalu bakal terungkai apabila satu mayat kanak-kanak lelaki ditemui di sekitar kawasan Bukit Ruan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Zamzuri Mohamad berkata, penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai sudah dalam keadaan reput itu akan merungkai misteri kehilangan Desmond Eddieyson Davey, 2, hampir dua minggu lalu.

Menurutnya, mayat kanak-kanak terbabit ditemui oleh seorang penduduk kampung yang keluar memburu di sekitar kawasan bukit berkenaan pada pukul 7 malam.

"Mangsa yang dipercayai Desmond itu dijumpai kira-kira lima kilometer (km) dari kawasan rumah keluarga mangsa.

"Siasatan awal mendapati mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna, berbaju namun tidak berseluar," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Zamzuri memberitahu, mayat kanak-kanak terbabit sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk dibedah siasat bagi menentukan identiti sebenar mangsa.

Jelasnya, berdasarkan baju yang dipakai mangsa sebelum dia dilaporkan hilang, ahli keluarga dia yakin ia adalah mayat Desmond.

"Proses bedah siasat dijangka dilakukan di Jabatan Forensik, HUS pada petang ini," katanya. - K! ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ziLKgv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.